Bengkel Tahsin Surah Al-Fatihah Perkukuh Kualiti Bacaan Warga IDEC | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC) idec
» BERITA » Bengkel Tahsin Surah al-Fatihah Perkukuh Kualiti Bacaan Warga iDEC

Bengkel Tahsin Surah al-Fatihah Perkukuh Kualiti Bacaan Warga iDEC

26 September 2025, Serdang – Bengkel Tahsin Surah al-Fatihah anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC), Universiti Putra Malaysia telah berjaya diadakan pada Jumaat, 26 September 2025 bertempat di Ruang Legar, iDEC Gamma, Putra Infoport.

Bengkel ini dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz bin Ghazali dari Pusat Islam UPM dan disertai oleh warga iDEC secara bersemuka serta dalam talian melalui platform Google Meet.

Penganjuran bengkel ini bertujuan membantu peserta memperbaiki bacaan Surah al-Fatihah dengan betul mengikut kaedah tajwid dan sebutan makhraj yang tepat, selaras dengan kedudukannya sebagai salah satu rukun utama dalam solat. Ustaz Mohd Hafiz turut berkongsi penerangan terperinci tentang kesilapan lazim dalam bacaan, diikuti sesi soal jawab dan latihan bacaan peserta yang berlangsung dalam suasana santai dan interaktif.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar 10.30 pagi ini mendapat sambutan yang amat baik daripada warga iDEC. Para peserta turut menyatakan penghargaan atas peluang untuk memperbaiki bacaan dan menambah kefahaman terhadap surah yang menjadi tunjang dalam ibadah harian.

KRiDEC menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Mohd Hafiz serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Diharapkan penganjuran seumpama ini dapat diteruskan sebagai usaha berterusan memperkukuh amalan ibadah dan pembelajaran al-Quran dalam kalangan warga iDEC.

Tarikh Input: 31/10/2025 | Kemaskini: 31/10/2025 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (07:05:05am-07:10:05am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]