Bengkel Pengurusan Keselamatan Aset ICT PTJ Dan Network Profiling UPMNet | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Bengkel Pengurusan Keselamatan Aset ICT PTJ dan Network Profiling UPMNet

Bengkel Pengurusan Keselamatan Aset ICT PTJ dan Network Profiling UPMNet

 
 
Bilik Kuliah Pemasaran (UGC), Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM; 10 Julai 2019 : Bengkel Pengurusan Keselamatan Aset ICT PTJ dan Network Profiling UPMNet telah diadakan dengan dihadiri oleh semua Ketua Seksyen ICT dan Ketua Seksyen Perancangan Strategik. Bengkel diadakan bertujuan bagi menetapkan peranan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan Aset ICT PTJ. Selain itu, objektif bengkel ini juga adalah bertujuan menetapkan format, merangka jadual dan pihak bertanggungjawab dalam melengkapkan Network Profiling PTJ serta memastikan ia disiapkan.
 
Dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Pengarah, Encik Mohd. Faizal Daud, beliau amat berhasrat agar objektif bengkel dapat dicapai dan semua PTJ dan Ketua Seksyen ICT dapat memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Puan Hajjah Hamidah Meseran dan Tuan Haji Mohd. Zul sebagai moderator bagi sesi perbincangan penetapan peranan pihak yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Aset ICT PTJ.
 
Tuan Sayid Nazari merupakan moderator yang ditugaskan bagi memastikan perbincangan format dan merangka jadual serta pegawai bertanggungjawab untuk penghasilan Network Profiling bagi setiap PTJ dilaksanakan dengan baik. Bengkel bersambung selepas rehat dengan aktiviti pengisian maklumat dan data Network Profiling di dalam format yang dipersetujui mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan dibantu oleh staf Seksyen Rangkaian dan Keselamatan ICT.
 
Sebelum berhenti rehat untuk makan tengah hari, hasil perbincangan serta input maklumat telah dibentangkan mengikut kumpulan. Bengkel ini berjaya mencapai objektifnya dan data yang diperolehi akan menjadi rujukan bagi tindakan selanjutnya.

Tarikh Input: 10/07/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEQXAH~

Hello!