Bengkel Pengisian Putra Prestasi Bagi Pegawai IDEC | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Bengkel Pengisian Putra Prestasi bagi Pegawai iDEC

Bengkel Pengisian Putra Prestasi bagi Pegawai iDEC

 

Serdang, 12 Jun 2023 : Sistem Putra Prestasi yang boleh diakses melalui URL http://putraprestasi.upm.edu.my/, merupakan Sistem Penilaian Prestasi Tahunan Universiti Putra Malaysia yang digunakan untuk semua pegawai Pengurusan dan Profesional (bukan akademik) selain Guru Bahasa dan Pegawai Penyelidik.

Sistem ini telah mula dibuka untuk sesi input pada 6 Jun 2023. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengambil inisiatif menganjurkan bengkel bagi membolehkan semua pegawai melengkapkan maklumat dalam sistem.

Taklimat telah dimulakan oleh Timbalan Pengarah (Dasar dan Pendigitalan ICT), Ts. Norazlin Yusof yang menerangkan berkaitan KPI iDEC dan diteruskan dengan taklimat bagaimana menginput dalam sistem oleh Ts. Ahmad Faisal Abdul Ghafar.

Semoga semua pegawai iDEC akan dapat melengkapkan maklumat sebelum tarikh tutup pada 19 Jun 2023.

 

Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin 

Tarikh Input: 22/06/2023 | Kemaskini: 24/07/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcPAh~

Hello!