Bengkel Pengharmonian Dokumen ISO Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Bengkel Pengharmonian Dokumen ISO Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) 2019

Bengkel Pengharmonian Dokumen ISO Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) 2019

 

Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 23 Mei 2019 : Bengkel Pengharmonian Dokumen ISO Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) 2019 telah diadakan pada 23 Mei 2019 (Khamis) jam 9.00 pagi – 4.00 petang bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM.  

Bengkel diadakan adalah susulan daripada Perbincangan Pelarasan dan Status Tindakan Pembetulan Sempena Audit Dalaman SPK yang telah diadakan pada 22 April 2019 dan bertujuan untuk :

i)    Mengambil tindakan terhadap penemuan NCR Audit Dalaman QMS iDEC 2019 serta Penemuan OFI Audit Dalaman QMS iDEC 2019
ii)    Menyelaras, menambahbaik dan mengharmonikan semua dokumen SPK QMS

Bengkel telah dihadiri oleh semua Peneraju Proses bagi Prosedur Pembangunan ICT, Prosedur Penyelenggaran ICT dan Prosedur Perkhidmatan ICT bersama pasukan masing-masing.  Hasil penambahbaikan dokumen SPK QMS yang telah dimuktamadkan akan dimajukan ke CQA untuk dimuatnaik di portal e-iso.

Tarikh Input: 28/05/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXETRAY~

Hello!