Bengkel Pemurnian Inisiatif 'Smart Campus' | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Bengkel Pemurnian Inisiatif 'Smart Campus'

Bengkel Pemurnian Inisiatif 'Smart Campus'

 

Dewan OSH, UPM, 5 November 2019 : Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Inisiatif 'Smart Campus' bagi siri ke-5. Objektif utama bengkel ini adalah bagi memastikan cadangan diperkemaskan dan dimurnikan sebelum ke peringkat seterusnya.

Kesemua lapan (8) cadangan projek telah dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JKTMK) pada 19 Ogos 2019 dan mendapat maklum balas yang positif.

Satu projek telahpun dalam proses pelaksanaan dan yang lain perlu disediakan kertas cadangan untuk dibawa ke Mesyuarat Pengurusan Universiti bagi membolehkan inisiatif 'Smart Campus' diluluskan dari segi pelaksanaan serta kos yang terlibat.

Semoga semua inisiatif 'Smart Campus' ini akan diterima dan dapat dilaksanakan selaras dengan perkembangan terkini ke arah IR 4.0.

Tarikh Input: 05/11/2019 | Kemaskini: 05/11/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEULAg~

Hello!