Bengkel Pembentangan Pencapaian Objektif Kualiti (Q1) Dan PSICT UPM 2017-2020 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Bengkel Pembentangan Pencapaian Objektif Kualiti (Q1) dan PSICT UPM 2017-2020

Bengkel Pembentangan Pencapaian Objektif Kualiti (Q1) dan PSICT UPM 2017-2020

 

Dewan OSH, Universiti Putra Malaysia, 9 Mei 2019 : Seksyen Perancangan Strategik (SSG), Bahagian Perancangan dan Governan ICT (BPG), Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengadakan Bengkel Pembentangan Pencapaian Objektif Kualiti dan Pelan Strategik ICT UPM (PSICT UPM) 2017-2020 pada 9 Mei 2019 bertempat di Dewan OSH, Universiti Putra Malaysia.

Bengkel diadakan bertujuan bagi membentangkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sukuan pertama (Q1) yang menyumbang kepada laporan pencapaian Piagam Pelanggan. Beberapa isu telah dikenalpasti dan semua peserta telah memberikan komitmen cadangan dan syor bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

Sesi taklimat berkenaan Application Performance Manager (APM) telah disampaikan oleh Puan Hashimah Amat Sejani. Dengan adanya tools ini diharapkan akan dapat membantu menyediakan data kepada beberapa Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Status pencapaian Pelan Strategik ICT UPM 2017 - 2020 bagi sukuan pertama (Januari sehingga Mac 2019) turut dibincangkan. Walau bagaimanapun, disebabkan kesuntukan masa, pencapaian PSICT UPM 2017-2020 ini akan dibincangkan dan dibentangkan pada sesi lain yang akan datang.

Tarikh Input: 15/05/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CULcPAd:15:50