Bengkel Pemantauan Pencapaian IDEC 2018 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Bengkel Pemantauan Pencapaian iDEC 2018

Bengkel Pemantauan Pencapaian iDEC 2018

Bengkel Pemantauan Pencapaian iDEC 2018 telah diadakan pada 20 - 22 Julai 2018 bertempat di Hotel Seri Costa, Melaka. Objektif bengkel adalah bertujuan bagi menyemak semula Objektif Kualiti iDEC yang telah dibincangkan semasa pra bengkel yang diadakan di UPM. Bengkel juga turut membincangkan hasil pencapaian bagi tahun 2018 untuk Pelan Strategik ICT UPM 2017-2020.

iDEC telah berjaya mewujudkan kaedah pengukuran yang lebih jelas dan tepat bagi 14 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iDEC. Piagam pelanggan serta laporan pelan fungsian dan aras telah disemak semula hasil daripada pemurniaan KPI.

Beberapa penemuan juga telah dibincangkan dan tindakan perlu diambil oleh peneraju proses yang berkaitan serta pihak pengurusan. Objektif kualiti iDEC terkini akan dimajukan untuk kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UPM. Tarikh kuat kuasa Objektif kualiti iDEC terkini adalah mulai 1 Januari 2019.

< Galeri gambar >

 

Tarikh Input: 24/07/2018 | Kemaskini: 06/09/2018 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEXWAa~

Hello!