BENGKEL INTERNET OF THINGS KELAB RAKAN IDEC 2018 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » BENGKEL INTERNET OF THINGS KELAB RAKAN iDEC 2018

BENGKEL INTERNET OF THINGS KELAB RAKAN iDEC 2018

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) terus menyumbang bakti dalam program pemindahan ilmu kepada pelajar UPM melalui Bengkel Internet of Things (IoT) Kelab Rakan iDEC pada 7 – 9 November 2018 baru-baru ini.

Projek IoT ini merupakan agenda transformasi iDEC kepada teknologi ICT Universiti selaras dengan arus perdana ledakan Industri Revolusi 4.0 negara dengan mensasarkan penglibatan mahasiswa melalui kelab Rakan iDEC @ Putra Bakti UPM.

Menurut Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM, Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi, Insiatif idea penubuhan Kelab Rakan iDEC ini tercetus daripada keperluan penglibatan pelajar kepada projek-projek komuniti yang berteraskan ICT berbentuk sukarelawan seperti Fun Learning di Sekolah-sekolah, Knowledge Sharing berkait ICT kepada komuniti, ‘mobilepreneur’, dan pemasaran digital secara praktikal yang menuntut iDEC untuk turut serta membantu dalam menjayakan ia.

Atas semangat tersebut, maka Kelab Rakan iDEC ini diwujudkan melalui pelaksanaan  program berbentuk Corporate Social Responsibility (CSR). Konsep daripada Universiti kepada komuniti ini mensasarkan keterlibatan mahasiswa bersama warga UPM secara keseluruhannya selaras dengan transisi untuk  menjadikan Pusat Pengajian Tinggi sebagai tempat strategik dalam pelaksanaan program komuniti khususnyer dalam berkongsi pendedahan transformasi ICT yang meningkat secara mendadak.

Rakan iDEC yang telah mendapat latihan dan praktikal  dalam projek IoT ini  akan diberi ruang untuk mengendalikan bengkel kepada mahasiswa lain yang berminat untuk sertai projek CSR iDEC secara pemindahan ilmu berteraskan kepada projek ‘skill to comunity’, ‘skill to society’, dan ‘IoT Urban Agriculture’ (IoT Pertanian Bandaran).

#weloveupm
#kelabrakanidec
#bengkel_iot_idec_photogallery
#poweredbyidec

 

Tarikh Input: 13/11/2018 | Kemaskini: 23/11/2018 | nurul

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDcQAD~

Hello!