Bengkel Garis Panduan Perolehan ICT UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Bengkel Garis Panduan Perolehan ICT UPM

Bengkel Garis Panduan Perolehan ICT UPM

 

Bilik Kuliah Pemasaran (UGC), Taman Pertanian Universiti, UPM; 17 Januari 2019 : Universiti Putra Malaysia perlu memastikan perolehan dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah diberi tanggungjawab mempengerusikan Jawatankuasa Kerja ICT yang diwujudkan bagi tujuan menyemak, mengkaji serta meluluskan permohonan perolehan berkaitan ICT di UPM.

Selaras dengan perkembangan teknologi ICT, Garis Panduan Perolehan ICT UPM sedia ada perlu disemak dan ditambahbaik. Bahagian Perancangan dan Governan ICT (BPG) telah diberi amanah untuk menganjurkan bengkel tersebut yang telah diadakan pada 17 Januari 2019 bertempat di Bilik Kuliah Pemasaran (UGC), Taman Pertanian Universiti, UPM.

Peserta bengkel adalah di kalangan Ketua Seksyen, Ketua Bahagian, Jawatankuasa Teknikal ICT dan Jawatankuasa Pengurusan Aplikasi, iDEC UPM.

Tarikh Input: 02/04/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEaXAy~

Hello!