Bahasa Permodelan EA | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Bahasa Permodelan EA

Bahasa Permodelan EA

25 Jun 2024, Bukit Kiara: Pelaksanaan Enterprise Architecture (EA) membolehkan organisasi mengenal pasti dan memperkemas semula perkhidmatan yang disediakan dengan memahami struktur, fungsi, perkhidmatan, proses kerja, data yang digunakan serta aplikasi dan teknologi yang menyokong perkhidmatan organisasi. ia juga berupaya memberikan gambaran keseluruhan ekosistem organisasi yang melibatkan interaksi antara elemen organisasi merangkumi struktur, proses, perkhidmatan, sumber, aplikasi dan teknologi untuk mencapai matlamat strategi organisasi. Gambaran ini dan hasil pelaksanaan EA diterjemahkan dalam Dokumen Strategi EA dan Rekabentuk Perkhidmatan sebagai rujukan utama bagi melaksanakan transformasi penyampaian perkhidmatan.

Kursus Bahasa Permodelan EA Siri 1/2024 yang dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), telah dihadiri oleh Ts. Norazlin Yusof dan Ts. Nor Azlina Zainal Abidin. Kursus ini membantu memahami dengan lebih mendalam berkenaan prinsip dan konsep asas bahasa pemodelan Enterprise Architecture iaitu ArchiMate. Pengajaran dan pembelajaran adalah meliputi cara-cara melukis diagram dalam membangunkan Enterprise Architecture mengikut viewpoints pihak yang berkepentingan (stakeholder). Bahasa permodelan yang dipelajari adalah Archimate.

Peserta perlu mempunyai pengetahuan asas berkenaan MyGOVEA. Semoga dengan adanya asas pengetahuan ini, akan dapat membantu dalam penyediaan dokumen EA.

 

Tarikh Input: 29/06/2024 | Kemaskini: 29/06/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (09:10:39am-09:15:39am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]