
Serdang, 25 September 2025 – Audit Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 telah berjaya dilaksanakan di Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). Audit yang dijalankan oleh pihak SIRIM dan diketuai oleh Auditor Puan Sazlin Binti Alias ini bertujuan menilai tahap pematuhan iDEC terhadap standard antarabangsa dalam pengurusan keselamatan maklumat.
Skop audit kali ini merangkumi lawatan ke Pusat Data di iDEC Beta serta Pusat Pemulihan Bencana (Disaster Recovery Centre, DRC) di iDEC Epsilon. Penilaian memberi tumpuan kepada aspek kawalan keselamatan maklumat, pematuhan terhadap prosedur operasi, serta keberkesanan pelaksanaan dasar ISMS di kedua-dua lokasi.
Pelaksanaan audit ini membuktikan komitmen berterusan iDEC untuk memastikan keselamatan maklumat sentiasa terpelihara dan dikawal selaras dengan piawaian ISO/IEC 27001:2022.
Audit berakhir dengan lancar, dan dapatan hasil penilaian akan dijadikan asas bagi penambahbaikan berterusan dalam memperkukuh sistem keselamatan maklumat di iDEC pada masa akan datang.
Tarikh Input: 28/09/2025 | Kemaskini: 28/09/2025 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan