![]() |
![]() |
16 Oktober 2024, Serdang - Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) tidak terpilih untuk sesi audit bagi skop QMS. iDEC tetap perlu bersedia sekiranya terdapat keperluan untutk pelaksanaan audit silang PTJ. Untuk audit skop ISMS, iDEC akan diaudit pada 16hb Oktober 2024 dan 23hb Oktober 2024.
Nama auditor SIRIM bagi skop ISMS adalah Noor Kamasahliza Binti Md Sahair @ Shahir (Ketua) dan Fazlin Binti Zakaria. Semakan rekod dibuat bermula tahun 2022 hingga kini serta Semester 1 Sesi 2021/2022 hingga kini. Semakan rekod 3 tahun adalah kerana tahun ini merupakan Audit Pensijilan Semula. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada sampel yang diminta oleh Juruaudit. Semakan rekod sebelum tahun 2022 boleh diminta oleh Juruaudit bagi tujuan pengesahan tindakan bergantung kepada pelaksanaan jejak audit (audit trail).
Ringkasan pergerakan Juruaudit SIRIM Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015, 14 hingga 23 Oktober 2024:


Ringkasan pergerakan Juruaudit SIRIM Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013, 14 hingga 23 Oktober 2024:

Selamat maju jaya kepada UPM untuk sesi pengauditan semula!
Tarikh Input: 30/10/2024 | Kemaskini: 30/10/2024 | nazlina

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan