Apa Itu Enterprise Architecture (EA)? | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Apa itu Enterprise Architecture (EA)?

Apa itu Enterprise Architecture (EA)?

18 Disember 2024, Serdang - Kursus Fundamentals of Enterprise Architecture (EA) telah diadakan pada 18 sehingga 20 Disember 2024 bertempat di Bilik Latihan Zetta, iDEC Alpha. Kursus anjuran Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), telah disertai oleh beberapa pegawai daripada PTJ selain iDEC. Ts. Esmawaty Mohamad merupakan pengajar yang sangat berpengalaman dan juga Perunding Latihan di Institut Tadbiran Negara (INTAN).

Sesi kursus disusuli dengan latihan, bagi memastikan setiap topik yang disampaikan difahami oleh peserta. Pelaksanaan EA dapat merealisasikan strategi organisasi merentasi domain bisnes, data, aplikasi dan teknologi (BDAT) untuk mendapat faedah konvergen dan penjajaran strategi bisnes dan ICT serta pengukuhan kolaboratif merentas agensi melalui perkongsian maklumat, perkhidmatan, data dan infrastruktur. 

Maklumat modul dan objektif kursus adalah seperti berikut:

Modul:

  1. Metodologi MyGOVEA
  2. Metamodel pada viewpoints dengan betul
  3. Rajah EA berdasarkan elemen Archimate 3.2 

 

Objektif:

  1. Menerangkan fasa-fasa dalam metodologi MyGOVEA dengan betul mengikut Panduan MyGovEA: Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam
  2. Mengaplikasi cara menggunakan metamodel pada viewpoints dengan betul mengikut nota yang diberikan semasa latihan.
  3. Menterjemahkan secara lisan rajah EA yang diberikan semasa latihan berdasarkan elemen Archimate 3.1 dengan jelas

 

Jadual kursus ini adalah seperti berikut:

Semoga semua peserta akan dapat memahami dan membudayakan amalan EA di mana akan dapat menilai kekuatan dan batasan bisnes, perkhidmatan dan teknologi sedia ada dapat menyokong kecekapan, produktiviti dan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi tujuan mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

 

Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin

Tarikh Input: 24/12/2024 | Kemaskini: 24/12/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (06:02:06pm-06:07:06pm, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]