Anugerah Inovasi Perkhidmatan (kategori Pengurusan) Sempena HKIP 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Anugerah Inovasi Perkhidmatan (kategori pengurusan) sempena HKIP 2019

Anugerah Inovasi Perkhidmatan (kategori pengurusan) sempena HKIP 2019

 

17 Oktober 2019, Bangunan Canselori UPM - iDEC telah menyertai pembentangan Anugerah Inovasi Perkhidmatan  bagi kategori pengurusan sempena sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2019. Kumpulan yang mewakili iDEC dikenali sebagai iNFOTECH yang terdiri daripada 8 orang staf Bahagian Multimedia dan Interaksi Manusia-Komputer. Tajuk inovasi yang dibawa oleh kumpulan iNFOTECH  adalah UPM Digital Signage. Ianya merupakan satu aplikasi paparan informasi secara digital yang boleh ditayangkan pada LED TV yang terdapat di dalam UPM. Digital Signage ini menggunakan elemen multimedia sepenuhnya yang terdiri daripada gambar, video dan audio. Kemudahan ini hanya memerlukan monitor/LED, CPU dan rangkaian internet untuk beroperasi. Kandungan boleh dikemaskini secara online dari mana-mana lokasi dalam UPM. Antara modul yang disediakan adalah kehadiran, info semasa, aktiviti dan video aktiviti. Modul boleh ditambah mengikut keperluan pengguna. Template juga disediakan bagi kemudahan pengguna memilih rekabentuk yang sesuai. Antara impak dari inovasi ini adalah dapat mewujudkan satu paparan informasi secara digital yang seragam di dalam UPM (beridentiti UPM). Ianya juga dapat mengurangkan kos pembelian perisian dan penyelenggaraan. Selain itu ianya memudahkan PTJ untuk mengawal selia kandungan paparan digital. Buat masa ini terdapat 2 PTJ yang telah menggunakan kemudahan ini iaitu iDEC dan Pusat Kesihatan Universiti. Diharapkan inovasi ini akan dapat diperluaskan penggunaan ke seluruh PTJ yang terdapat di dalam UPM.

Tarikh Input: 24/10/2019 | Kemaskini: 04/11/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CVMGEKj:04:10