UTM : Digital Lifestyle | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » UTM : Digital Lifestyle

UTM : Digital Lifestyle

UTM telah menetapkan sasaran bagi mempercepatkan pencapaian ke kedudukan yang diharapkan seperti yang termaktub dalam Pelan Global Universiti ketiga (PGU III) UTM dan UTM enVision 2025. Oleh yang demikian, pecutan urus tadbir dan penyampaian berprestasi tinggi menjadi tuntutan bagi mencapai kedudukan dan penjenamaan yang strategik. Ekosistem gaya hidup mega ditumpukan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Bagi menambahbaik daya saing, penciptaan gaya hidup mega digerakkan melalui aplikasi digital dan inisiatif kehidupan kampus berpaksikan Internet of Thing (IoT) ke arah Internet of Campus.

CICT dipertanggungjawabkan mewujudkan kualiti hidup dan persekitaran kampus yang lebih baik kepada semua penduduk menggunakan aplikasi ICT dan menjadikan kampus tanpa tunai (cashless). Pengalaman kehidupan kampus juga perlu ditransformasi. Di samping itu, untuk menjadikan UTM bersaing di peringkat antarabangsa, produktiviti dan kelestarian dipertingkatkan dengan penerimaan kecerdasan khidmat ICT dan Internet of Thing (IoT).

Aplikasi digital yang diperkasakan untuk menyokong UTM Digital Lifestyle adalah Perkhidmatan Digital, Pembelajaran Digital dan Gaya Kerja Digital. Infrastruktur digital sedia ada telah diperkuatkan oleh Pusat Data bertaraf tier-3. Ketiga-tiga aplikasi digital yang dinyatakan dipermudah melalui aplikasi mudah alih (mobile application) UTMSMART sebagai salah satu inisiatif untuk menterjemah gaya hidup digital, UTM Digital Lifestyle.

UTMSMART diperkasakan dengan Digital ID CQRC (Coloured QR Code) bagi semua pelajar/staf dan perkhidmatan. Platform pembayaran UTMSmart mempunyai platform Pembayaran Pelbagai inovatif dua saluran “SMS Gateway” dan “Payment Gateway” (Harta Intelek UTM berdaftar) untuk transaksi mudah alih untuk kampus digital.

Rakaman kehadiran kuliah melalui imbasan CQRC menggunakan aplikasi UMTSMART telah berjaya dilaksanakan dengan pelancarannya pada Perjumpaan Bulanan Naib Canselor pada Februari 2018. Fungsi UTMSMART diperhebat lagi 14 modul pada versi kedua sehingga kini telah mencapai 22 modul meliputi kegunaan pensyarah, pelajar dan semua kakitangan UTM.

Antara modul yang terpenting dalam UTMSMART versi terkini adalah permohonan, sokongan dan kelulusan cuti rehat kakitangan UTM. Kesemua aktiviti dalam proses cuti rehat ini dapat digunakan dalam UTMSMART. Kemudahan ini telah mengurangkan kelewatan kelulusan cuti oleh pegawai pelulus dan penyokong. Semakan terhadap sejarah cuti staf yang memohon juga dapat disemak melalui aplikasi. Kesimpulannya, aplikasi UTMSMART telah merubah beberapa proses kerja yang dahulunya kompleks kepada proses kerja yang lebih kejat dan memudahkan. (Mohd Murtadha Mohamad, Universiti Teknologi Malaysia).

 

Biodata Pembentang :

Prof. Madya Dr. Mohd Murtadha bin Mohamad, merupakan Timbalan Pengarah bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Terdahulu menjawat jawatan sebagai Felo Akademik, Bahagian Pengurusan Infrastruktur dan Operasi sehingga 31 Mac 2018. Merupakan anak kelahiran Johor Bahru, Johor.

Memulakan perkhidmatan sebagai penjawat awam di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia  (UTM) sebagai Pembantu Pensyarah A, DS41 pada 1 Januari 2000 selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer di Universiti Teknologi Malaysia pada Disember 2000. Pada tahun 2003, dilantik sebagai Pensyarah selepas tamat pengajian Sarjana Embedded System Engineering dari Heriot-Watt University, United Kingdom. Menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah  dari universiti yang sama sebelumnya Pada tahun 2012, beliau menerima anugerah biasiswa Innovation and Design for Euro-Asian Scholars IDEAS 2 -Erasmus Mundus Action 2. Dalam program IDEAS ini, beliau melaksanakan mobiliti staf selama 3 bulan di Technical University of Eindhoven, Netherlands sehingga penghujung 2006 dan dianugerahi kedoktorannya pada 2007.

Beliau berpengalaman hampir 12 tahun di dalam pengajaran peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam pengkhususan sistem komputer dan rangkaian komputer. Dalam tempoh tersebut, beliau pernah mengikuti program Infosys Foundation di Mysore India selama 4 bulan dengan kerja sama MDeC dan syarikat Infosys Ltd. India pada 2007. Sejurus itu beliau dilantik sebagai Single Point of Contact (SPoC) oleh Kementerian Pengajian Tinggi sehingga Ogos 2012 bagi menyusun dan mangatur perjalanan progam Infosys Foundation di Malaysia.

 < Slaid Pembentangan >

Tarikh Input: 22/08/2019 | Kemaskini: 30/08/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUJAo~

Hello!