Jalur Gemilang merupakan simbol kebanggaan, perpaduan dan identiti rakyat Malaysia. Bendera kebangsaan ini bukan sekadar lambang yang dikibarkan di premis kerajaan, institusi pendidikan dan kediaman, malah membawa makna yang mendalam tentang sejarah, semangat patriotisme serta keharmonian masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.
Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur merah dan putih yang melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, manakala bulan sabit dan bintang pecah 14 menjadi simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan serta perpaduan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada bulan dan bintang pula melambangkan warna diraja.
Sempena bulan kemerdekaan, pengibaran Jalur Gemilang menjadi salah satu cara untuk menyemarakkan semangat cintakan negara. Setiap kibaran bendera mengingatkan kita kepada pengorbanan generasi terdahulu dalam membina sebuah negara yang berdaulat dan aman.
Sebagai warga Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab untuk menghormati Jalur Gemilang serta memahami nilai yang terkandung di sebalik setiap warnanya. Semangat patriotisme bukan hanya dizahirkan melalui pengibaran bendera, tetapi turut diterjemahkan melalui sikap saling menghormati, menjaga keharmonian dan bersama-sama menyumbang kepada kemajuan negara.
Tarikh Input: 21/08/2026 | Kemaskini: 21/08/2026 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan