USM : Perkongsian Pengalaman Dan Hala Tuju Kampus Pintar | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » USM : Perkongsian Pengalaman dan Hala Tuju Kampus Pintar

USM : Perkongsian Pengalaman dan Hala Tuju Kampus Pintar

Universiti Awam (UA) sentiasa berhadapan dengan cabaran mengadaptasi teknologi dalam mengambilkira keperluan pemegang taruh. Industry Revolution (IR) 4.0 menyaksikan pecambahan penggunaan kecerdasan buatan, IoT dan machine learning diterapkan dalam usaha untuk menangani pelbagai cabaran dan untuk memberikan peningkatan pengalaman kepada pengguna (user experience).

Persoalan seperti polisi dan setakat mana penggunaan data secara terbuka dapat digunakan adalah diantara perkara yang perlu kita ambil kira dalam melaksana konsep Kampus Pintar. Walaupun terdapat banyak manfaat kepada setiap kumpulan yang berbeza, manfaat ini datang dengan risiko dan cabaran, seperti privasi data dan perlindungan serta halangan infrastruktur.

Di USM kita tidak dapat lari dari kehendak yang mendesak bagi menjayakan agenda Kampus Pintar ini, pendekatan jangka masa pendek dan perancangan jangka masa panjang yang telah dan akan dilaksanakan oleh USM ingin dikongsikan bersama, semoga hasrat untuk melaksanakan Kampus Pintar bersama-sama UA yang lain akan menjadi satu kenyataan.

 

Biodata Pembentang :

Encik Zulham Hamdan merupakan Ketua Pegawai Maklumat di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pengarah Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi, USM. Mula bertugas sebagai Juruanalisa Sistem di Unit Komputer USM pada tahun 1984 selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di USM. Sepanjang 10 tahun pertama beliau telah ditugaskan di Unit Maklumat Pelajar dan Unit Maklumat Staf.

Berpindah ke Unit Penyelidikan ICT setelah Unit Komputer dinaik taraf ke Pusat Komputer. Menyambung pengajian ke tahap Ijazah Sarjana Sains Komputer di USM pada tahun 2000. Pada tahun 2006, dilantik sebagai Timbalan CIO dengan gred F52. Pada tahun 2007 dilantik sebagai CIO dan Pengarah dengan gred F54. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pembangunan aplikasi, teknikal dan pengurusan projek.

Pernah dilantik sebagai perunding teknikal kepada projek WHO (Drug Promotion Repository dan Counterfeit Medicine Alert) yang berpusat di Geneva dan Manila (2002 – 2005).  Di peringkat kebangsaan beliau terlibat sebagai perunding teknikal kepada projek HIEP (Holistic Inclusive Education Program) dibawah KPM peringkat sekolah-sekolah (2015) dan projek Tobacco Free di bawah KKM (2016). Di peringkat negeri pernah terlibat sebagai pembangun sistem dan penasihat kepada SUK, Pulau Pinang dan SPRM, Pulau Pinang.

Dalam tempoh tersebut, beberapa anugerah telah diterima antaranya  Pingat Kelakuan Terpuji (2005), Pulau Pinang, Anugerah Pentadbir (Teknikal) Cemerlang USM pada tahun 2008 dan Bintang Cemerlang Negeri (2017), Pulau Pinang.

< Slaid pembentangan >

Tarikh Input: 30/08/2019 | Kemaskini: 30/08/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXETUA4~

Hello!