UPM : PutraVID | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » UPM : PutraVID

UPM : PutraVID

Inisiatif Kampus Pintar - Putra®Virtual ID (Putra®VID)

Penggunaan kad pelajar sebagai identiti pengenalan diri merupakan kaedah yang dipraktikkan oleh semua universiti termasuk UPM sejak dahulu lagi. Perkembangan teknologi ICT termasuk konsep aplikasi berasaskan IoT (Internet of Things), membolehkan identiti pengguna diurus dan disahkan secara maya dalam talian tanpa penggunaan kad secara fizikal.

Kewujudan teknologi kad maya yang semakin matang dan selamat digunakan beserta kepelbagaian nilai tambah, dapat menyokong pelaksanaan aplikasi berasaskan IoT yang semakin popular. Dengan kelengkapan infrastruktur dan dan infostruktur ICT universiti beserta rangkaian internet yang semakin meluas, membolehkan UPM memanfaatkan penggunaan kad pelajar secara digital.

Seiring perkembangan teknologi ICT masa kini, UPM memperkenalkan penggunaan kad pengenalan identiti pelajar secara dalam talian bagi menggantikan kad pelajar sedia ada pada sesi kemasukan 2018/2019. Kad maya yang dikenali sebagai Putra®Virtual ID atau Putra®VID, menggunakan aplikasi berasaskan persekitaran telefon pintar (Android dan IOS) dan laman web, serta dilengkapi dengan sistem kawalan pengenalan identiti menggunakan teknologi kod QR. Putra®VID merupakan pengenalan identiti pelajar berkonsepkan kad maya yang lengkap dengan maklumat iaitu nama, gambar, nombor pengenalan pelajar dan program pengajian.

Sebagai aplikasi pintar bercirikan IoT, PutraVID dilengkapi dengan kekunci kod QR bertujuan meningkatkan kecekapan dan keselamatan penggunaannya dalam urusan pelajar mendapatkan perkhidmatan dalam dan luar kampus. Pelajar akan menggunakan Putra®Virtual ID (Putra®VID) untuk pengenalan diri semasa berinteraksi dengan semua kemudahan kampus seperti capaian aplikasi ICT,  pengesahan warga universiti, akses dewan kuliah, perkhidmatan perpustakaan, perkhidmatan bas, pengesahan kehadiran kuliah, penggunaan kemudahan infrastruktur yang lain dan sebagainya.

Putra®Virtual ID atau Putra®VID merupakan langkah pertama UPM dalam merealisasikan kampus pintar bertujuan meningkatkan kualiti penyampaian kepada pelajar. Melalui pengenalan identiti secara maya yang berasaskan teknologi kekunci kod QR, ianya manjadi pemangkin kepada pembangunan aplikasi atau infrastruktur lain di mana dapat memudahkan kaedah penyampaian perkhidmatan seperti pembangunan pembayaran pembelian tanpa wang seperti epay atau ewallet, kehadiran kuliah dan aktiviti universiti, peminjaman buku di perpustakaan tanpa kaunter peminjaman, pengurusan pelajar di kolej kediaman, pengurusan peperiksaan  dan pelbagai urusan berkaitan perkhidmatan universiti kepada pelajar (Mohd. Faizal Daud, Universiti Putra Malaysia).

 

Biodata Pembentang :

Mohd Faizal Daud merupakan Timbalan Pengarah (Perkhidmatan ICT) Pusat Pembangunan Maklumat & Komunikasi (iDEC) Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau bertanggung jawab kepada perkhidmatan ICT yang melibatkan Rangkaian komputer kampus (UPMNet), Pusat Data & perkhidmatan server, keselamatan ICT, telekomunikasi, pembangunan & operasi aplikasi dan perundingan ICT.

Mempunyai pengalaman bertugas sebagai pegawai teknologi maklumat  selama 27 tahun, dengan 17 tahun sebagai pengurus teknologi maklumat yang bertanggung jawab kepada perkhidmatan dan polisi ICT UPM.

Beliau mempunyai kepakaran  dalam beberapa bidang ICT seperti rekabentuk rangkaian komputer, pembangunan server melibatkan penggunaan teknologi Cloud Virtualization Server, pembangunan & pengurusan Pusat Data, rekabentuk infrastruktur HotSpot Wifi, pembangunan sistem telepon berasaskan teknologi Unifield Communication serta pengubalan dasar atau polisi ICT.

Pernah mengetuai pasukan yang menjayakan pelaksanaan ISO Sistem Keselamatan Pengurusan Maklumat (ISMS) UPM selama 5 tahun, sebagai Timbalan Wakil Pengurusan. Terlibat dengan banyak projek ICT universiti dalam pelbagai bidang seperti pembangunan rangkaian komputer UPM (UPMNet). Pembangunan melibatkan 20 ribu pengguna, Pusat Data, projek PutraCloud, Cloud Virtualization Server, infrastruktur HotSpot Wifi Kampus melibatkan 2000 Wireless Access Point (AP), Internet Over Power Line dan sebagainya.

Menjadi pakar rujuk serta perunding kepada pelbagai projek pembangunan dan operasi ICT UPM serta pernah diberi kepercayaan untuk menjadi perunding kepada beberapa projek ICT pihak luar UPM seperti Jabatan Penjara Malaysia, LHDN, RTM, TNB, KPT, KPM, dan PTPTN.

 < Slaid Pembentangan >

Tarikh Input: 21/08/2019 | Kemaskini: 30/08/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXETMAp~

Hello!