Smart Putra®Bus | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Smart Putra®Bus

Smart Putra®Bus

Keterlihatan iDEC semakin terserlah dengan pelancaran Smart Putra®Bus sempena Majlis Prapelancaran dan Perasmian Logo Sambutan Perayaan Jubli Emas UPM yang telah disempurnakan oleh YBhg. Naib Canselor UPM pada 30 Disember 2020. Smart Putra®Bus merupakan aplikasi pintar yang mengoptimumkan jadual pergerakan bas kampus, mengesahkan penumpang, merekodkan jumlah penumpang serta melaporkan statistik secara ’live’ kepada pusat kawalan. Pelajar dapat mengetahui maklumat pergerakan, ketibaan dan pelepasan bas seterusnya untuk memudahkan perancangan perjalanan ke lokasi kuliah.

Menariknya Smart Putra®Bus ini turut memberikan perkhidmatan internet percuma kepada penumpang dengan mengaplikasikan konsep anywhere, anytime and any device. Inisiatif pendigitalan bas kampus ini akan dapat membantu pihak universiti memantau kelajuan dan merekodkan setiap peta corak pergerakan bas untuk membantu penyediaan predictive analytics yang bertujuan, meningkatkan kecekapan pengurusan bas kampus pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 16/03/2021 | Kemaskini: 16/03/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDcWAI~

Hello!