Sistem Repositori Aplikasi Sektor Awam (RASA) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Sistem Repositori Aplikasi Sektor Awam (RASA)

Sistem Repositori Aplikasi Sektor Awam (RASA)

Sistem Repositori Aplikasi Sektor Awam (RASA) adalah sistem repositori aplikasi yang merekod dan menyimpan maklumat sistem aplikasi agensi sektor awam iaitu berkaitan pembangunan sistem aplikasi dan teknologi yang digunakan. Repositori bertujuan membantu Kerajaan membuat keputusan yang tepat bagi menyokong faedah pelaburan kerajaan dan memperoleh value for money melalui pelaksanaan sistem aplikasi pintar yang berimpak tinggi.

Pengumpulan maklumat sistem aplikasi dalam Sistem RASA akan dapat:

  1. mengurangkan pembangunan sistem yang bertindih
  2. meningkatkan keupayaan perkongsian data
  3. mengawalselia standard pembangunan sistem aplikasi
  4. menyumbang kepada penjimatan kos projek

Tatacara penggunaan Sistem RASA:

Sistem ini terbahagi kepada 3 peranan iaitu Pentadbir Organisasi, Pegawai Pendaftar dan Pegawai Pelulus. Universiti Putra Malaysia menggunakan pendekatan maklumat sistem aplikasi dirujuk melalui Sistem 4ivens yang telah dibangunkan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). Sistem Infostruktur, Infrastruktur Dan Inventori ICT (4iVENS) ini merupakan sistem yang dibangunkan secara dalaman bagi pengurusan maklumat infostruktur, infrastrukur dan inventori sistem ICT secara berpusat.

Sumber : Sesi Libat Urus RASA anjuran Jabatan Digital Negara

Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin

Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 01/08/2024 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
F, (06:53:25pm-06:58:25pm, 14 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]