Sistem Pengurusan Pengaduan Awam (SISPAA) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Sistem Pengurusan Pengaduan Awam (SISPAA)

Sistem Pengurusan Pengaduan Awam (SISPAA)

SISPAA adalah satu sistem aplikasi yang dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri untuk menguruskan maklum balas aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan perkhidmatan agensi Kerajaan.


Fungsi SISPAA ialah antaranya :

  1. Menguruskan aduan awam secara dalam talian berhubung perkhidmatan Kerajaan sekaligus membolehkan tindakan yang cepat dan tepat dapat diambil
  2. Menyediakan gerbang perkhidmatan pengurusan aduan yang utama di agensi Kerajaan
  3. Menyediakan saluran aduan bagi kemudahan orang awam mengemukakan aduan seiring dengan peningkatan pendigitalan sektor awam melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang inklusif dan bersepadu
  4. Sistem ini juga menyediakan modul pengumpulan data bagi pengurusan pintar dalam menyediakan laporan, analisa serta perkongsian dan integrasi data yang efisien kepada semua pihak yang terlibat di dalam pengurusan aduan awam.

 

Carta alir tatacara penerimaan aduan dan maklumbalas dalam SISPAA

Butiran maklumat yang lengkap perlu diisi bagi tujuan tindakan siasatan dan penyampaian maklumat kepada pelanggan.

 

Sumber:

  1. Laman Web Sistem Pengurusan Aduan Awam 2.0 (http://dev.sispaa.gov.my)
  2. Tatacara Pengurusan Aduan dan Maklumbalas

 

Disediakan oleh: Ts. Aidah Ngatiman

Tarikh Input: 27/01/2025 | Kemaskini: 14/12/2025 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
S, (07:14:24pm-07:19:24pm, 08 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]