Sambutan Bulan Digital UPM 2025 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Sambutan Bulan Digital UPM 2025

Sambutan Bulan Digital UPM 2025

iDEC menganjurkan Sambutan Bulan Digital UPM 2025 (BD2025) sepanjang Bulan November 2025 selari dengan Strategi Utama UPM 2025 yang keempat iaitu Inisiatif Pembudayaan Digital dalam ucapan Naratif Dato’ Naib Canselor UPM 2025.

Pelbagai pengisian aktiviti telah disusun mengikut seliaan Bahagian iDEC yang melibatkan penyertaan pelajar dan staf UPM merangkumi:
- Kursus AI
- Latihan Pembudayan Digital (Google, Microsoft,Canva)
- Sesi Meja Bulat
- Webinar
- Forum
- Pemakluman Pekeliling ICT
- Senaman AI
- Pertandingan seperti Hackathon, Datathon, Prompt-a-thon, e-Sport, Cabaran Tiktok dan Digital Culture Competition Inter PTJ.

Kemuncak sambutan BD2025 akan diadakan pada 9-10 Disember 2025 bertempat di Dewan Besar, PKKSSAAS dengan pengisian menarik seperti, Townhall Pelan Transformasi Digital UPM 2026-2030, Ted Talk Ikon Inspirasi Digital, Pelancaran Putra Fibre, Digital Exploration Exhibition (rakan strategik ICT) serta Sesi Ucaptama yang akan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor.

Tarikh Input: 29/11/2025 | Kemaskini: 31/03/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (11:32:49pm-11:37:49pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]