PutraFiber UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » PutraFiber UPM

PutraFiber UPM

PutraFiber (Fiber To The Room - FTTR) merupakan satu inisiatif penting oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi meningkatkan kemudahan rangkaian internet di kawasan kolej kediaman pelajar. PutraFiber merupakan sebahagian daripada usaha universiti untuk memperkukuhkan infrastruktur digital dan menyokong proses pembelajaran secara dalam talian.

 

 

 

Projek ini menggunakan teknologi rangkaian terkini iaitu Huawei Passive Ethernet Network (PEN) yang mampu menyediakan sambungan internet berkelajuan tinggi serta lebih stabil berbanding teknologi rangkaian konvensional. Penyediaan kemudahan ini bertujuan memastikan setiap pelajar mempunyai akses internet yang lebih stabil dan pantas di dalam bilik masing-masing.

Penggunaan teknologi ini juga memberi pelbagai kelebihan dari segi pengurusan rangkaian. Antaranya termasuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan troubleshooting, menjimatkan penggunaan tenaga serta mengurangkan kos operasi dalam jangka masa panjang. Selain itu, sistem ini juga direka bagi memastikan rangkaian yang lebih cekap dan boleh dipercayai untuk kegunaan warga kampus.

Secara keseluruhannya, PutraFiber memainkan peranan penting dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, selaras dengan perkembangan teknologi digital masa kini. Dengan kemudahan internet yang lebih baik di kolej kediaman, pelajar dapat mengikuti kelas, mengakses bahan pembelajaran serta menjalankan tugasan akademik dengan lebih mudah dan berkesan.

 

Disediakan oleh:
Ts. Sayid Mohamad Nazari Sayid Ismail
Bahagian Infrastruktur ICT

Tarikh Input: 11/03/2026 | Kemaskini: 11/03/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
Z, (06:55:36am-07:00:36am, 02 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]