Pengenalan: Apa Itu Chatbot? | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Pengenalan: Apa itu Chatbot?

Pengenalan: Apa itu Chatbot?

Chatbot telah mula diperkatakan oleh pengguna sebagai perisian perbualan yang berkomunikasi dalam bahasa semula jadi secara bertulis atau lisan. Ia digunakan dalam pelbagai bidang untuk mengurangkan kerja secara berulang. Perisian ini digunakan untuk pelbagai kes penggunaan seperti menyediakan sokongan kepada pelanggan untuk membeli, membuat tempahan, memperolehi maklumat tentang produk, pembantu peribadi, ejen pengambilan maklumat dan sebagainya. Ini membuktikan Chatbot telah memberi sumbangan yang besar dalam perniagaan peruncitan dan perkhidmatan berkaitan pelancongan.

Secara asasnya, chatbot merupakan ejen perbualan yang bijak direka bagi mensimulasikan dialog manusia dalam bahasa semula jadi. Ia turut menyediakan antara muka perbualan yang membolehkan pengguna memasukkan input dalam pelbagai format seperti teks, suara, dokumen web dan sebagainya. Seterusnya input diproses dan meralisasikan peristiwa atau corak yang menghasilkan tindakan atau mesej respon berdasarkan konteks dan input perbualan.

Chatbot dibangunkan melalui Program Komputer berdasarkan buatan (AI). Ia merujuk kepada kecerdasan manusia dalam mesin apabila meniru tingkah laku dan tindakan yang mirip dilakukan oleh manusia dalam mencapai maklumat. AI merupakan enjin utama di sebalik chatbot, yang mengguna pakai algoritma pembelajaran mesin seperti pengiktirafan ucapan secara automatik, pemprosesan dan pemahaman terhadap bahasa semula jadi untuk mengekstrak input. Akhirnya, input tersebut difahami oleh komputer untuk menghasilkan tindakan yang tepat dan menepati objektif yang diingini.

Alghoritma pembelajaran mesin secara drastik telah berjaya meningkatkan prestasi kecerdasan buatan Chatbot. Situasi ini telah berjaya menghasilkan kerangka bot yang sangat canggih di dalam mengautomasikan tugas pada pelbagai bidang dan kawasan. Namun, kebolehangunaan chatbot dalam bidang yang lebih sensitif seperti penjagaan kesihatan mental masih kurang menyerlah.

 

Sumber:
EXAMENSARBETE INOM DATATEKNIK,
GRUNDNIVÅ, 15 HP
STOCKHOLM, SVERIGE 2020

Tarikh Input: 30/06/2023 | Kemaskini: 30/06/2023 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcBA2~

Hello!