Universiti Putra Malaysia tetap meneruskan aktiviti ilmu walaupun dikejutkan dengan isu pandemik Covid 19. Pembelajaran dan pengajaran, seminar, bengkel, mesyuarat atau aktiviti rasmi lain, dilaksanakan secara atas talian dengan penggunaan aplikasi sidang video. Dalam usaha memperkasa penggunaan teknologi maklumat digital, pendidik, pegawai, pelajar universiti serta komuniti harus berubah dan menggunakan teknologi komunikasi secara lebih cekap, efisien dan berupaya menyampaikan maklumat lebih pantas dan berpengaruh.
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) mengambil langkah menambah baik teknologi ICT bagi memastikan dapat digunakan dengan baik tanpa sebarang permasalahan. Kajian telah dilaksanakan di kalangan pendidik dan pekerja Universiti berkenaan aplikasi sidang video yang menjadi pilihan dan iDEC telah melaksanakan perolehan lesen aplikasi supaya fungsi yang terhad sebelum ini dapat digunakan dengan lebih baik.
APLIKASI SIDANG VIDEO
Beberapa siri latihan berkaitan aplikasi sidang video diadakan bagi memberikan penerangan dengan lebih jelas mengenai setiap fungsi yang terdapat dalam pelbagai aplikasi sidang video. Pilihan aplikasi adalah terpulang kepada pendidik atau pentadbir sekiranya ingin menggunakannya untuk sesi PdP, webinar, bengkel atau mesyuarat.
Di antara aplikasi sidang video yang digunakan di Universiti Putra Malaysia :
Senarai latihan berkaitan persidangan aplikasi sidang video yang telah dilaksanakan:
April 2020
Jun 2020
16 April 2020 - Latihan Kaedah Membina Web Seminar (Webinar) melalui platform WEBEX, Penyelaras Encik Rizal Razak
Disember 2020
Tarikh Input: 16/03/2021 | Kemaskini: 16/03/2021 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan