Artificial Intelligence (AI) adalah bidang sains komputer yang fokus pada pembangunan sistem yang mampu melaksanakan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia. Ciri-ciri AI adalah sistem yang dapat belajar, menyesuaikan diri, dan membuat keputusan.
Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan (AI) serta beberapa inisiatif bagi membantu pembangunan teknologi di Malaysia telah dikongsikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pelan Hala Tuju AI (AI-Rmap) ini bakal dijadikan dokumen rujukan bagi memacu teknologi khusus, sistem pintar canggih serta analitik tambahan dalam lima bidang keutamaan negara iaitu:
Di Malaysia, antara kaedah pengaplikasian yang bakal diterapkan adalah penilaian automatik dalam bidang pendidikan bagi memudahkan keputusan pelajar dimuat naik oleh guru dan memudahkan rujukan pelajar.
Dalam bidang perubatan pula, AI berpotensi dalam membantu menguruskan rekod pesakit dan memudahkan pencarian data.
Webinar bertajuk Kepimpinan Bisness dan IT Dalam Menyusuri Enterprise Architecture Berasaskan Artificial Intelligence anjuran Institut Tadbiran Negara (INTAN) menampilkan 3 panel berlatar belakang perubatan, pendidikan serta sektor awam. Input diperolehi berkaitan senarai kriteria pemilihan kepimpinan, penerangan sinergi strategi dan operasi, pembangunan kompetensi dan kemahiran EA serta pelaksanaan penilaian impak.
Bisnes melihat organisasi dari segi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan kos yang digunakan serta hasil yang diperolehi. IT melihat dari sudut teknologi yang akan digunakan dan melibatkan kos pengoperasian yang tinggi. EA menggabungkan keduanya sebagai jambatan untuk pemyampaian perkhidmatan digital.
Sumber : Webinar anjuran Institut Tadbiran Negara (INTAN), Kepimpinan Bisness Dan It Dalam Menyusuri Enterprise Architecture Berasaskan Artificial Intelligence
Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin
Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 01/08/2024 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan