Keperluan Terkini PdP Atas Talian | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Keperluan terkini PdP atas talian

Keperluan terkini PdP atas talian

Perkhidmatan ICT yang merangkumi infrastruktur dan infostruktur disediakan untuk semua warga UPM bagi membolehkan tugasan pentadbiran, pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta penyelidikan dilaksanakan dengan baik.

 

Kemudahan perkhidmatan ICT yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Sistem rangkaian komputer UPM (UPMNet) merupakan infrastruktur rangkaian komputer utama Universiti yang digunakan oleh lebih 30 ribu pengguna. UPMNet terdiri daripada pelbagai teknologi rangkaian dengan kelajuan berbeza iaitu 10baseT, 100Mbps, 1000Mbps dan 10Gbps bagi menyokong operasi atas talian dan capaian ke Internet.
  2. WiFi PutraHotspot dengan kekuatan 1200 Access Point WiFi disediakan di seluruh kolej kediaman dan sebahagian zon Akademik. Projek yang diimplementasi pada tahun 2016 ini disediakan secara PERCUMA dan boleh digunakan oleh lebih 12,000 pelajar dalam satu masa dengan liputan ruang WiFi hampir 90% di Kawasan kolej kediaman pelajar
  3. Sistem Kawalan Capaian Internet digunakan bagi membantu agihan capaian jalur lebar yang lebih seragam dan efisien. Semua pelajar dapat menggunakan kemudahan capaian internet dengan kelajuan 8Mbps serta kuota muat turun 30Gbps sebulan
  4. Ketersediaan capaian internet yang baik dengan pelaksanaan penyewaan talian Metro-E penyedia perkhidmatan Internet iaitu TIME, Maxis dan MYREN yang berkapasiti 3.8Gbps
  5. Penyediaan infrastruktur server dan storan untuk PutraBLAST Learning Hub sebanyak 27 server dengan kapasiti 176 fizikal CPU, 1056GB RAM dan 16TB storan bagi menyokong pembelajaran secara atas talian
  6. Kemudahan aplikasi sidang video bagi tujuan PdP iaitu Big Blue Button (PutraBLAST), Microsoft Teams (M365), Webex, Zoom dan Google Meet

 

Penggunaan teknologi lama dan telah beroperasi lebih daripada lapan (8) tahun akan menyebabkan gangguan operasi kerana risiko tinggi peralatan akan mengalami kerosakan. Jumlah pengguna yang semakin bertambah dan peningkatan operasi aplikasi universiti secara atas talian, membataskan keupayaan sistem rangkaian UPM (UPMNet) untuk menyediakan perkhidmatan lebuhraya maklumat yang lancar. Ia amat membimbangkan sekiranya berlaku kerosakan kepada peralatan yang sedang beroperasi.

 

Penambahan Kapasiti Jalur Lebar

Penggunaan aplikasi secara atas talian memerlukan ketersediaan kemudahan Internet berkapasiti tinggi. Berdasarkan keperluan tersebut, UPM bercadang meningkatkan kapasiti jalur lebar daripada 3.8Gbps kepada 10Gbps pada awal tahun 2021 melalui perkhidmatan sewaan Internet sedia ada. Peningkatan ini bertujuan bagi menyokong permintaan pengguna dan menampung keperluan smart classroom serta PdP secara atas talian.

 

Menaiktaraf Dan Memperkasa Infrastuktur ICT Rangkaian Komputer (UPMNet) Dan Pusat Data Universiti (UPMNet 4.0)

Dengan perkembangan teknologi dan pembangunan yang semakin pesat, perolehan peralatan dengan reka bentuk baharu yang lebih sesuai diperlukan bagi menaik taraf UPMNet yang telah berusia 23 tahun. Jawatankuasa Pengurusan Universiti Putra Malaysia bersetuju meluluskan cadangan ini secara berperingkat mengikut fasa dengan peruntukan RM10 juta pada tahun 2021, dan RM10 juta lagi pada tahun 2022.

Pelaksanaan UPMNet4.0 yang melibatkan penggantian peralatan rangkaian dan keselamatan ICT memerlukan peruntukan sebanyak RM48Juta dan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:

Tarikh Input: 10/11/2020 | Kemaskini: 10/11/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEREA7~

Hello!