Kamus Data Dalam Pengurusan Pangkalan Data | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Kamus Data dalam Pengurusan Pangkalan Data

Kamus Data dalam Pengurusan Pangkalan Data

Kamus data merupakan satu dokumen penting dalam pengurusan pangkalan data sesebuah organisasi. Ia berperanan untuk mendeskripsikan atribut-atribut data dengan terperinci, sekali gus memudahkan pengurusan, pemahaman, dan pembangunan sistem aplikasi. Antara elemen utama yang terkandung dalam kamus data ialah naming convention, iaitu penetapan kaedah penamaan data secara seragam bagi memudahkan rujukan dan pengurusan data. Selain itu, jenis data (data type) seperti character, integer, dan date turut diterangkan bagi memastikan input data adalah tepat dan konsisten.

Kamus data juga menetapkan length size, iaitu saiz maksimum data yang dibenarkan, serta mengenal pasti key data seperti primary key dan foreign key yang digunakan untuk menghubungkan jadual-jadual dalam pangkalan data. Seterusnya, setiap data akan disertakan dengan deskripsi data yang memberi penerangan ringkas tentang maksud dan kegunaan data tersebut. Tambahan pula, data constraint atau kekangan data turut dinyatakan bagi memastikan setiap data yang dimasukkan mematuhi syarat tertentu demi mengekalkan integriti maklumat.

Contoh Kamus Data profile staf:

 

Kelebihan mewujudkan kamus data adalah sangat ketara, khususnya dalam konteks Universiti Putra Malaysia (UPM). Antaranya ialah memudahkan pelaksanaan dan pengintegrasian sistem aplikasi sama ada di dalam UPM mahupun dengan agensi luar. Ia juga membantu pertukaran data antara sistem-sistem serta memudahkan pembangun sistem dalam membangunkan aplikasi. Selain itu, kamus data membolehkan pengguna berkomunikasi menggunakan definisi dan format data yang seragam. Di samping itu, ia menyediakan asas dokumentasi yang standard serta memperkukuh hubungan antara subsistem di UPM melalui penggunaan definisi data yang piawai.

Kesimpulannya, kamus data merupakan komponen penting dalam pembangunan dan pengurusan sistem aplikasi. Dengan adanya kamus data yang lengkap dan tersusun, sesebuah organisasi dapat memastikan ketepatan, keseragaman, dan keberkesanan dalam pengurusan maklumat.

 

Disediakan oleh:
Mohd Nor Hisham Che Jaafar
Bahagian Operasi Aplikasi

Tarikh Input: 31/05/2025 | Kemaskini: 31/05/2025 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (01:47:00am-01:52:00am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]