
Ilustrasi dashboard menggambarkan bagaimana teknik data storytelling diaplikasikan secara efektif dalam visualisasi analitik. Reka bentuk dashboard ini menggabungkan struktur naratif tiga babak — pengenalan, konflik dan resolusi — untuk membimbing pengguna memahami isu secara progresif. Metrik utama seperti jumlah klien, pendapatan, atau kemajuan latihan ditonjolkan sebagai ‘watak utama’ yang membawa jalan cerita, manakala perubahan nilai dari semasa ke semasa dianalisis bagi mengenal pasti konflik atau cabaran yang perlu ditangani.
Anotasi yang jelas dan penggunaan elemen visual seperti warna, ikon, dan susun atur hierarki turut menyokong naratif ini. Elemen naratif tersebut bukan sahaja meningkatkan kefahaman pengguna bukan teknikal, malah membolehkan tindakan yang lebih tepat dan cepat diambil. Dashboard seperti ini sesuai untuk digunakan oleh pengurusan atasan, penganalisis data, dan pengambil keputusan dalam pelbagai sektor.
Sumber diperoleh daripada laman storytellingwithdata.com, arXiv, dan juiceanalytics.com yang aktif mempromosikan pendekatan dashboard berasaskan penceritaan data dalam konteks kecerdasan perniagaan.
Disediakan oleh:
Hashimah Amat Sejani
Bahagian Inovasi Digital dan Kebijakan
Tarikh Input: 31/07/2025 | Kemaskini: 31/07/2025 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan