![]() ![]() |
|
Ts. Mohd. Faizal Daud ialah bekas Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau bersara pada 28 Februari 2025, selepas memberikan sumbangan yang signifikan dalam bidang teknologi maklumat di UPM. Sepanjang kerjayanya, Ts. Mohd. Faizal Daud memegang pelbagai jawatan penting di iDEC. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan ICT), bertanggungjawab ke atas perkhidmatan ICT seperti rangkaian komputer kampus (UPMNet), pusat data, keselamatan ICT, telekomunikasi, pembangunan dan operasi aplikasi, serta perundingan ICT. Dengan pengalaman lebih daripada 27 tahun sebagai pegawai teknologi maklumat, termasuk 17 tahun sebagai pengurus teknologi maklumat, beliau mempunyai kepakaran dalam reka bentuk rangkaian komputer, pembangunan pelayan menggunakan teknologi Cloud Virtualization Server, pembangunan dan pengurusan pusat data, reka bentuk infrastruktur HotSpot Wi-Fi, serta pembangunan sistem telefon berasaskan teknologi Unified Communication. Selain itu, Ts. Mohd. Faizal Daud memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) UPM selama lima tahun sebagai Timbalan Wakil Pengurusan. Beliau juga terlibat dalam pelbagai projek ICT universiti, termasuk pembangunan rangkaian komputer UPM (UPMNet) yang melibatkan 20,000 pengguna, projek PutraCloud, Cloud Virtualization Server, infrastruktur HotSpot Wi-Fi kampus dengan 2,000 Wireless Access Point (AP), dan Internet Over Power Line. Menjadi pakar rujuk serta perunding kepada pelbagai projek pembangunan dan operasi ICT UPM serta pernah diberi kepercayaan untuk menjadi perunding kepada beberapa projek ICT pihak luar UPM seperti Jabatan Penjara Malaysia, LHDN, RTM, TNB, KPT, KPM, dan PTPTN. Selepas persaraannya, jasa dan sumbangan beliau dalam memajukan inovasi digital di UPM terus dikenang oleh warga iDEC dan universiti. Beliau telah dinobatkan sebagai Ikon Pemodenan Infrastruktur Digital UPM dan diraikan semasa Majlis Amanat Ketua Pegawai Digital (CDO) UPM dan Perhimpunan Staf IDEC 2025 pada 26 Februari 2025 bertempat di Dewan Putra Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM). |
![]() ![]() ![]() ![]() |
Tarikh Input: 08/04/2025 | Kemaskini: 08/04/2025 | nazlina

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan