I-MAGBOOKS | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » i-MAGBOOKS

i-MAGBOOKS

i-MAGBOOKS merupakan sudut bacaan iDEC UPM yang dihasilkan daripada idea dan perbincangan ahli jawatankuasanya. Ia merupakan salah satu projek yang berada di bawah Jawatankuasa 5S. Mengambil pendekatan konsep "Semulajadi dan ICT", maka terhasilkan i-MAGBOOKS, sudut bacaan yang dibanggakan. Hasil perbincangan bersama, kreativiti dan inovasi telah menghasilkan sudut bacaan ini.

 

RAK BUKU

Mempunyai dua (2) rak buku di mana rak buku utama dihasilkan daripada kotak pallet yang diubah menjadi kotak-kotak kecil serta sederhana. Kotak pallet bersaiz besar telah dijadikan sebagai pelantar dan dibalut dengan wall paper bercorak kayu sesuai dengan konsep semulajadi.

 

LANTAI DAN DINDING

Pemasangan lantai 'viynl' dengan pemilihan warna terang, memberikan kesan yang begitu ketara bagi membezakan sudut bacaan dengan ruang kerja sedia ada. Bagi menambahkan lagi 'mood' untuk membaca, dinding yang kosong sebelumnya telah dihiasi dengan 'wall paper' pemandangan iaitu laluan utama ke Universiti Putra Malaysia telah menjadi pilihan warga iDEC melalui 'survey' yang telah dijalankan.

 

SISTEM BUKU i-MAGBOOKS

Sistem buku yang telah disediakan oleh Encik Mohd. Shafree Ahmad, merupakan elemen ICT yang diterapkan bersama i-MAGBOOKS (nama sudut bacaan iDEC). Dengan kemudahan menu kepada pentadbir, semua buku yang telah disumbangkan akan diinput ke dalam sistem dan dilabelkan. Semua buku disusun mengikut label yang telah dilekatkan pada buku. Dengan adanya sistem ini, warga iDEC dapat mengetahui senarai buku yang ada beserta sinopsis. Sistem akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

 

QR CODE  i-MAGBOOKS

Selain sistem, perkakasan mudah alih iaitu 'tablet' disediakan kepada pengunjung untuk melihat secara langsung senarai buku atau melayari 'ebooks'. Dengan melaksanakan imbasan kepada QR Code yang disediakan di penjuru sudut bacaan, pengunjung boleh juga mengetahui senarai nama buku yang ada.

 

AKTIVITI (telah dijalankan dan akan dijalankan)

Selain daripada sudut bacaan, iDEC menggunakan sepenuhnya ruang tersebut bagi sesi perkongsian secara mingguan, 'review' dan kupasan bahan bacaan, sesi motivasi, sudut perbincangan dengan pihak luar serta perkongsian untuk 'Technology Update'. Ia juga akan digunakan bagi tujuan aktiviti kerohanian.

 

KOMITMEN PENGURUSAN PTJ

i-MAGBOOKS tidak akan berjaya dan direalisasikan dengan bantuan serta komitmen pihak Pengurusan PTJ. iDEC amat berterima kasih dengan penglibatan pengurusan dari segi kewangan, khidmat nasihat, idea serta turut sama dalam memberikan sumbangan buku dan majalah.

 

 

PROMOSI

Hebahan mengenai i-MAGBOOKS dilaksanakan melalui kaedah emel, laman web (slider, banner promosi), aplikasi Whatsapp dan media sosial Facebook. Edaran info adalah berkaitan sistem dan QR Code serta makluman sumbangan buku baharu.

 

NILAI TAMBAH

Penambahan buku dengan pelbagai kategori, penambahbaikan Sistem Buku iaitu link ke ebooks, books rating, pinjaman serta sistem 'Check In' (merekodkan pelawat).

 

IMPAK PELAKSANAAN

  • Memperkasakan budaya membaca
  • Mengeratkan silaturahim warga iDEC
  • Pertambahan lokasi untuk perbincangan selain bilik mesyuarat
  • Memperlihatkan bakat selain tugas hakiki (kreativiti/pertukangan/gubahan)
  • Meningkatkan keyakinan staf semasa sesi perkongsian maklumat
  • Perkongsian maklumat dan penambahan pengetahuan mengenai teknologi ICT
  • Budaya menderma/menyumbang/berkongsi

Tarikh Input: 17/10/2019 | Kemaskini: 17/10/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
C1579474098