Garis Panduan ICT Universiti Putra Malaysia | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Garis Panduan ICT Universiti Putra Malaysia

Garis Panduan ICT Universiti Putra Malaysia

Mengapa perlunya diwujudkan Garis Panduan? Garis panduan adalah dokumen yang menjadi rujukan agensi atau institusi untuk melaksanakan tugasan, aktiviti atau program. Universiti Putra Malaysia mempunyai garis panduan tersendiri begitu juga dengan pelaksanakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti dan projek ICT selaras dengan misinya, iaitu "Membangun dan mengukuhkan sistem pengajaran,penyelidikan dan pentadbiran melalui penyediaan sistem maklumat dan teknologi secara meluas dan menyeluruh".

Dasar, Polisi dan Garis Panduan merupakan salah satu skop dalam Pelan Pendigitalan Universiti Putra Malaysia. Senarai dokumen yang berada di bawah skop ini adalah:

Bil.

Tajuk dokumen rujukan

1

Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) 2014

2

Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) (Pindaan 2016)

3

Garis Panduan Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (GPKTMK)

4

Garis Panduan Emel Universiti Putra Malaysia

5

Garis Panduan Kelayakan Kemudahan Peralatan ICT Universiti Putra Malaysia 

8

Garis Panduan Capaian Internet Universiti Putra Malaysia

9

Garis Panduan Pendawaian Rangkaian Berpusat Universiti Putra Malaysia

 

Garis panduan disemak dan dikemaskini serta diluluskan di peringkat jawatankuasa tertentu bagi memastikan kesinambungan dan relevan dengan tahun semasa. Dengan adanya dokumen ini akan menjadikan tugasan lebih teratur dan menjadi panduan serta rujukan kepada warga universiti.

 

Disediakan oleh:
Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 28/12/2023 | Kemaskini: 28/12/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcDAD~

Hello!