Blockchain Dan Kecerdasan Buatan Negara | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Blockchain dan Kecerdasan Buatan Negara

Blockchain dan Kecerdasan Buatan Negara

Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan (AI Governance and Ethics-AIGE) sedang dibangunkan dan bertujuan sebagai langkah pengawalseliaan pembangunan dan adaptasi teknologi AI yang bertanggungjawab. Pembangunan dan pelaksanaannya sedang diteliti oleh dua kementerian iaitu Kementerian Digital dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Dokumen berkenaan menggariskan panduan khusus berkaitan adaptasi AI yang turut menitikberatkan prinsip-prinsip yang selari dengan kehendak agama, budaya, identiti dan perundangan negara.

Jawatankuasa Blockchain dan Kecerdasan Buatan Negara atau National Blockchain and Artificial Intelligence Committee (NBAIC) yang diterajui oleh MOSTI bertanggungjawab dalam menetapkan hala tuju strategik, menyelaras serta memantau inisiatif dalam Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021 – 2025.

Melalui Jawatankuasa Kerja berkaitan Perundangan dan Etika, urusan merangka penyelesaian perundangan yang mengekang pembangunan inovasi teknologi AI akan dilaksanakan mengikut prinsip dan garis panduan yang ditetapkan. Kementerian Digital juga sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan agensi-agensi Kerajaan lain dalam memastikan penggunaan teknologi AI yang beretika dan selamat. Khususnya alam penciptaan kandungan kerana teknologi AI mempunyai potensi besar untuk merevolusikan industri kandungan.

Pelan tindakan AI Talent Roadmap 2024-2033 adalah selari dengan usaha kerajaan dalam menerokai peluang ekonomi baharu dengan menyediakan bakat negara yang mencukupi. Beberapa tindakan antaranya, Pembangunan Bakat di bawah Jawatankuasa Blockchain dan Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NBAIC) di dalam Jawatankuasa Kerja Ketiga (JK3), merupakan kerjasama di antara kerajaan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan kementerian lain yang diterajui oleh KPT.

MOSTI menerusi program pembangunan bakat profesional berusaha untuk mencapai 200 sasaran menjelang tahun 2025.

Dokumen rujukan:
 
Malaysia AI Roadmap 2021-2025 The National Guidelines On AI Governance Ethics

 

Sumber: Laman web rasmi MOSTI, Majlis Keselamatan Negara dan Portal Rasmi Parlimen Malaysia.

Tarikh Input: 13/11/2024 | Kemaskini: 27/03/2025 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (07:47:20pm-07:52:20pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]