Kerangka strategik Universiti Putra Malaysia yang telah dibangunkan oleh Naib Canselor adalah seiring:
Ia juga berdasarkan pernyataan Visi dan Misi UPM iaitu:
Visi - Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.
Visi semasa UPM dan kedudukan strategik (the true north) perlu untuk membimbing universiti.
Misi
1. Memberi Sumbangan yang Bermakna
2. Penciptaan Kemakmuran
3. Pembangunan Negara
4. Kesejahteraan Manusia
5. Melalui Penerokaan dan Penyebaran Ilmu Pengetahuan
Pencapaian Hasil, Berpaksikan Nilai dan lnklusif - Untuk mendapatkan hasil yang diingini, semua inisiatif mesti berasaskan hasil, nilai yang dipacu dan inklusif.
6 teras utama yang perlu bagi mendukung keseimbangan UPM. UPM mesti menjadi universiti pilihan dalam semua aspek. lni akan memastikan bahawa semua orang di universiti boleh dan akan menyumbang.
5 asas yang penting untuk memastikan bahawa universiti terus berfungsi dan berkembang. Tanpa asas yang kukuh, rumah strategik UPM akan runtuh.
Betulkan yang asas iaitu menyelesaikan krisis dan isu dengan segera, memperbaiki kelemahan pada perkara asas dan menggerakkan kecemerlangan semua 6 tonggak yang menjadi True North dan jati diri serta peranan utama universiti. Ia akan membantu universiti melonjak ke hadapan dan seterusnya mengekalkan kedudukan di hadapan. Risiko untuk keluar dari zon selesa serta usaha bersepadu yang disusun secara strategik oleh sebuah pasukan yang mantap akan menjadikan kecemerlangan pada masa hadapan. Tindakan yang boleh meruntuhkan Universiti juga perlu dielakkan supaya kejayaan dapat dimiliki.
Sumber: Majlis Perutusan 100 hari Naib Canselor dan Amanat 2024
Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina Zainal Abidin
Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan