Bersama Memperkasa ICT UPM! | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Bersama memperkasa ICT UPM!

Bersama memperkasa ICT UPM!

Perkembangan teknologi ICT yang semakin pantas, secara langsung memberikan impak kepada Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). iDEC bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan melaksanakan aktiviti dan projek ICT selaras dengan misinya, iaitu "Membangun dan mengukuhkan sistem pengajaran,penyelidikan dan pentadbiran melalui penyediaan sistem maklumat dan teknologi secara meluas dan menyeluruh".

Penglibatan iDEC dalam Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia (PS UPM) 2021-2025 adalah untuk Matlamat ke-5 dan Objektif Strategik 5. Matlamat ke-5 adalah "Memperteguhkan Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan dan Amalan Kelestarian Hijau" dengan Objektif Strategik 5 iaitu "Meningkatkan Infrastruktur, Perkhidmatan Perpustakaan, Teknologi Maklumat dan Sistem Komunikasi".

Bagi mencapai matlamat dan objektif strategik ini, iDEC telah menyediakan 3 petunjuk prestasi utama (KPI), 7 teras utama dan 20 inisiatif utama. Maklumat ini telah dinyatakan dalam bentuk infografik seperti di bawah :

Semoga iDEC akan berjaya melaksanakan pelan tindakan dan bersama menjayakan Pelan Strategik UPM 2021-2025. 

Tarikh Input: 11/03/2022 | Kemaskini: 11/03/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEZDAT~

Hello!