Amalan 5S Di IDEC | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Amalan 5S di iDEC

Amalan 5S di iDEC

Apakah Persekitaran Berkualiti (5S)?
 
Persekitaran Berkualiti (5S) adalah permulaan kehidupan yang sihat, selesa dan produktif untuk semua orang di tempat kerja. Ini adalah asas kepada peningkatan produktiviti. Apabila dilaksanakan dengan jayanya di sebuah syarikat/ agensi/ jabatan yang mempunyai Persekitaran Berkualiti (5S) akan membawa perubahan yang menakjubkan.
 
Barangan yang tidak diperlukan dibuang dari tempat kerja dan pastikan peralatan atau barangan yang digunakan sahaja. Begitu juga fail atau dokumen, pastikan yang aktif dan menjadi rujukan sahaja diletakkan di dalam kabinet/almari fail.
 
5S adalah singkatan bagi lima (5) perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Apabila diterjemahkan kepada Bahasa Melayu menjadi Sisih, Susun, Sapu, Sergam dan Sentiasa Amal.
 
Kerjasama dan kefahaman semua amat diperlukan bagi memastikan amalan 5S dibudayakan oleh setiap warga organisasi/agensi. Sekiranya tidak dipupuk atau diamalkan, ia akan terkubur begitu sahaja. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) mengadakan beberapa siri amalan dan latihan 5S.

 

Sudut 5S diwujudkan mengikut Zon iaitu Zon Alpha, Zon Beta, Zon Gamma dan Zon Sigma. iDEC juga mempunyai Sudut Hijau yang bertujuan memberi kesedaran supaya mengamalkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 15/10/2018 | Kemaskini: 19/02/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdWAO~

Hello!