![]() |
28 Februari 2025, Serdang - Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) kehilangan permata berharga, YBrs Ts. Mohd. Faizal Daud yang bersara mulai 28 Februari 2025. Jasa baik dan khidmat beliau akan dikenang selama-lamanya dan beliau menjadi inspirasi kepada warga iDEC dengan idea dan inovasi digital yang telah dilaksanakan. Semoga beliau diberikan rezeki kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada di bawah limpah berkat dan rahmat Allah. Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini dan kami amat-amat menghargai segala jasa dan bakti Tuan selamanya. |
|
Date of Input: 28/02/2025 | Updated: 28/02/2025 | nazlina

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan