Membantu Memahami Struktur Organisasi Melalui EA | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Membantu memahami struktur organisasi melalui EA

Membantu memahami struktur organisasi melalui EA

 

 

13 September 2024, Serdang - Taklimat Kesedaran Enterprise Architecture (EA) telah dilaksanakan bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori UPM. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Norul Hidayah Ibrahim, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Digital Negara. Sesi perkongsian ini telah disertai oleh pegawai UPM serta Universiti Awam yang lain.

 

 

Keperluan Pembangunan Enterprise Architecture 

  1. Meneliti semula dan memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan sedia ada dengan mengambil kira pendigitalan perkhidmatan
  2. Perkongsian data merentas agensi sektor awam bagi merealisasikan penyampaian perkhidmatan digital berpacukan data
  3. Pengoptimuman kapasiti sumber dan infrastruktur digital kerajaan melalui tadbir urus kerajaan secara berpusat serta jaringan kolaborasi strategik merentas agensi dalam ekosistem perkhidmatan kerajaan
  4. Meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran kerajaan (termasuk mengelakkan pertindihan usaha) serta perkhidmatan sepunya (common services) yang menyokong integriti transaksi dan komunikasi merentas agensi berlandaskan prinsip saling kendali (interoperability) dan Whole-of-Government (WoG)

 

Kerajaan Digital: Perspektif Negara Malaysia

Kerajaan yang menjalankan fungsi perkhidmatan awam dengan memanfaatkan data digital sebagai tunjang utama dalam strategi memodenkan penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi ekspektasi rakyat dan pembaharuan pentadbiran organisasi serta meningkatkan daya saing ekonomi, meraih kepercayaan institusi dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam.

Digital First merupakan satu anjakan strategi ke arah mengutamakan saluran digital tanpa mengurangkan nilai saluran penyampaian perkhidmatan lain dengan menyepadukan teknologi digital dalam service design perkhidmatan kerajaan. Transformasi penyampaian perkhidmatan digital kerajaan berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) dan berasaskan pendekatan perkhidmatan keseluruhan kerajaan (Whole-of-Government – WoG) secara bersepadu. 

 

MALAYSIA GOVERNMENT ENTERPRISE ARCHITECTURE

Memberikan panduan kepada organisasi menjalankan analisis, reka bentuk, perancangan dan pelaksanaan strategi melalui Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) bagi membina amalan Enterprise Architecture (EA).

Pelaksanaan EA membolehkan organisasi mengenal pasti dan memperkemas semula perkhidmatan yang disediakan dengan memahami struktur, fungsi, perkhidmatan, proses kerja, data yang digunakan serta aplikasi dan teknologi yang menyokong perkhidmatan organisasi.

 

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1 Tahun 2020 MyGovEA : Pelaksanaan Pendekatan Reka bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam:

Memberikan panduan kepada organisasi menjalankan analisis, reka bentuk, perancangan dan pelaksanaan strategi melalui Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) bagi membina amalan Enterprise Architecture (EA). Pelaksanaan EA membolehkan organisasi mengenal pasti dan memperkemas semula perkhidmatan yang disediakan dengan memahami struktur, fungsi, perkhidmatan, proses kerja, data yang digunakan serta aplikasi dan teknologi yang menyokong perkhidmatan organisasi.

PKPA disediakan sebagai panduan kepada agensi sektor awam mengenai Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) bagi membina amalan Enterprise Architecture (EA).Agensi sektor awam hendaklah membangunkan dan melaksanakan lima peringkat pelaksanaan EA merangkumi peringkat permulaan, penilaian, penakrifan, pelaksanaan/pengoperasian dan pemantauan yang melibatkan semua perkhidmatan di kementerian/agensi dengan merujuk kepada Panduan MyGovEA: Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam.

Semoga Universiti Putra Malaysia akan dapat membangunkan EA yang akan menjadi rujukan utama warga universiti.

 

< Galeri gambar >

Tarikh Input: 17/09/2024 | Kemaskini: 20/09/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (02:50:52pm-02:55:52pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]