Virtual Machine (VM) merupakan perisian yang digunakan untuk menjalankan sistem pengoperasi (OS) yang berbeza pada satu perkakasan secara berasingan. Dalam erti kata lain, VM adalah sebuah "komputer maya" yang berjalan dalam persekitaran fizikal yang sedia ada, seperti komputer atau pelayan (dikenali sebagai host).
Biasanya, komputer atau pelayan mempunyai satu sistem pengoperasi yang mengawal segala-galanya. Namun, dengan VM, ianya boleh menjalankan lebih daripada satu sistem pengoperasi di dalam satu komputer. Sebagai contoh, sistem pengoperasi Windows dan Linux boleh berfungsi dalam satu komputer yang sama, dengan setiap sistem pengoperasi berfungsi secara berasingan dan bebas, seolah-olah ia adalah komputer yang berbeza.
VM menggunakan perisian khas yang dipanggil hypervisor untuk menguruskan dan mengawal sumber komputer, seperti processor, memori (RAM) dan storan, supaya sistem pengoperasi dalam VM berfungsi dengan baik tanpa mengganggu komputer utama.
Komponen utama Virtual Machine (VM) adalah terdiri daripada :
Beberapa kegunaan VM adalah termasuk:
Secara ringkasnya, VM memberi kita kebebasan untuk menjalankan pelbagai sistem pengoperasi dan aplikasi dalam satu komputer tanpa perlu membeli banyak perkakasan fizikal.
Disediakan oleh:
Ts. Mohd Mazlimin Omar
Bahagian Infrastruktur ICT
Tarikh Input: 28/02/2025 | Kemaskini: 27/03/2025 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan