Tips Keselamatan ICT | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Tips Keselamatan ICT

Tips Keselamatan ICT

Berhati-hati dengan Phishing Emel

  • Jangan klik sebarang pautan dalam emel yang meminta maklumat peribadi anda
  • Jangan buka lampiran fail yang meragukan atau tidak diketahui sumbernya
  • Jangan simpan atau padamkan emel yang meragukan walaupun daripada sumber yang diketahui

 

Tips Kata Laluan

  • Semua pengguna sistem ICT perlu mempunyai ID Pengguna (username) dan kata laluan (password) masing-masing dan bertanggungjawab terhadapnya
  • Jangan memberitahu kata laluan kepada sesiapa termasuk pentadbir pistem
  • Ubah kata laluan anda sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali
  • Pengguna disarankan menggunakan kemudahan kata laluan screen saver atau log off sekiranya meninggalkan komputer
  • Kata laluan mesti sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan kombinasi huruf, nombor dan aksara khas
  • Untuk pentadbir sistem, kata laluan mesti sekurang-kurangnya 12 aksara dengan kombinasi huruf, nombor dan aksara khas

 

Kebocoran Data

  • Mencegah data daripada hilang, musnah, corrupt, diubah tanpa kebenaran atau diakses oleh orang tidak sepatutnya
  • Menjamin kerahsiaan, integriti, kesahihan dan kebolehsediaan (akses) kepada pengguna yang dibenarkan

 

Kecurian Identiti

Bagaimana caranyan untuk melindungi diri anda?

  • Jangan hantar maklumat peribadi ke laman web
  • Jangan balas emel yang tidak dikenali
  • Jika melaksanakan transaksi dalam talian, kenali sumber anda
  • Baca penyataan privasi pada laman web dengan teliti
  • Hantarkan resume anda hanya di laman pekerjaan yang dikenali
  • Sentiasa daftar keluar dari komputer anda apabila tidak digunakan

 

Perisian Perosak (antivirus)

  • Instalasi perisian antivirus dalam komputer
  • Mengelakkan diri dari membuka atau melaksanakan emel yang diragui keselamatannya
  • Memeriksa (scan) peranti simpanan data seperti usb flash memori, memori stick dan sebagainya terlebih dahulu sebelum menggunakannya

Tarikh Input: 09/10/2019 | Kemaskini: 09/10/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
C1579647741