Putra International System (PINS) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Putra International System (PINS)

Putra International System (PINS)

Pengenlan PINS

PINS merupakan platform komprehensif untuk pengurusan Visa Pelajar dan Pas di Universiti Putra Malaysia. Ia adalah sistem berasaskan web dengan aplikasi mudah alih yang sepadan untuk membolehkan proses rakaman dan penyimpanan data yang pantas dan mudah. Pengguna utama sistem ini ialah pelajar antarabangsa dan kakitangan. Ia membolehkan pemasukan data, merekod dokumen/maklumat dan menjana laporan dalam talian.

Objektif utama pembangunan sistem Pengurusan Visa dan Pas (Putra International System) PINS adalah untuk menyediakan sistem berasaskan maklumat yang terperinci yang membolehkan pelajar / kakitangan antarabangsa memohon, mengemas kini data individu, memantau permohonan pelajar dan akhirnya menjana laporan yang diperlukan oleh Pengurusan Universiti. Untuk mencapai objektif pembangunan sistem, adalah penting untuk mempunyai ciri-ciri berikut: -

  1. Pelajar/kakitangan boleh menghantar permohonan secara dalam talian, rekod maklumat yang teratur, sistematik dan tepat.
  2. Mudah untuk mencari, mengakses dan berkongsi maklumat dan data dengan antara muka sistem yang mesra pengguna.
  3. Mampu menjana laporan terperinci untuk kegunaan pengurusan segera.

 

Faedah untuk pembangunan sistem

  1. Sistem ini akan menyokong pengurusan dan pentadbiran pusat antarabangsa dengan lebih cekap dengan memasukkan semua data dan maklumat serta disimpan secara digital.
  2. Memudahkan proses pemantauan permohonan pelajar dengan lebih sistematik.
  3. Membolehkan proses permohonan berkaitan pas dan visa yang lebih pantas untuk maklumat pelajar / kakitangan antarabangsa, sambil mengurangkan penggunaan kertas, dan mengoptimumkan konsep tanpa kertas.
  4. Memudahkan carian, data dan capaian maklumat untuk analisis dan pelaporan maklumat yang cekap bagi memenuhi permintaan pengurusan.

 

Skop Sistem

Skop Sistem PINS adalah meliputi Proses Permohonan Pas Pelajar / Pekerja sehingga selesai, termasuk kepada tanggungan pelajar/staf.

Sistem ini melibatkan beberapa entiti seperti Sekolah Pengajian Siswazah, Bahagian Kemasukan dan Urustadbir Akademik, Pejabat Pendaftar dan Pusat Kesihatan Universiti untuk proses verifikasi dokumen yang dimuat naik. Seterusnya, permohonan pelajar/staf akan diproses dan disahkan oleh pihak iPUTRA sebagai admin / pentadbir sistem.

 

Disediakan oleh:
Ts. Ahmad Faisal Abdul Ghafar
Bahagian Pengurusan Strategik dan Governan ICT 

Tarikh Input: 30/01/2026 | Kemaskini: 28/02/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (02:48:38am-02:53:38am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]