Perkongsian Inisiatif Kampus Pintar Sempena PPICT2019 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Perkongsian Inisiatif Kampus Pintar Sempena PPICT2019

Perkongsian Inisiatif Kampus Pintar Sempena PPICT2019

Ledakan transformasi negara kepada Industri 4.0 telah menyebabkan perjalanan IPT dalam membina menara ilmu yang cemerlang, bukan hanya bergantung kepada keupayaan sumber manusianya semata-mata, tetapi telah melibatkan transformasi ICT yang menguji kewibawaan dan kebijaksanaan seluruh sumber dalam sesebuah institusi dalam mendepani keperluan teknologi kampus pintar. Faktor ini termasuklah melibatkan pentadbir ICT IPT yang menerajui dan mentadbir perkhidmatan ICT dalam mempastikan kelangsungan fungsi IPT.

Penganjuran Persidangan Pentadbiran ICT Universiti 2019 (PPICT2019) ini merupakan suatu platform strategik untuk menyediakan peluang kepada pentadbir ICT Institusi Pendidikan Tinggi berkongsi pengalaman, hasil kajian dan inisiatif terbaik dalam pelaksanaan dan pengurusan ‘Smart Campus’ (kampus pintar) selaras keperluan transformasi dalam Revolusi Industri 4.0.

Sesi perkongsian inisiatif "Smart Campus" merupakan salah satu pengisian PPICT2019 yang telah diadakan pada 31 Julai sehingga 2 Ogos 2019. Inisiatif, kaedah serta konsep telah dibentang dan dikongsi bersama bagi memberikan pendedahan pelaksanaannya di peringkat agensi.

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membentangkan empat (4) perkongsian yang bertajuk Putra Virtual ID (Putra VID), Pembayaran Tanpa Tunai dan Pensijilan Digital Menggunakan Teknologi Blockchain, Ruang Kerja Kolaborasi Dinamik untuk Kampus Pintar serta Identiti Bersekutu : "The Missing Link" dalam Sekitaran Kampus Pintar. Pembentang daripada UPN adalah Universiti Malaysia Sarawak telah menghantar dua (2) tajuk iaitu Penggunaan Teknologi QR Untuk Kehadiran Kakitangan dan Pelajar serta Strategi Komersialisasi serta Pengurusan Penyelidikan Pintar(iRIS). Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menggunakan konsep CloudDesk Virtualization System di dalam makmal komputer. Kampus Tanpa Tunai dan UTeM Unified Communication (UC) merupakan tajuk yang dikongsi semasa PPICT2019 daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Universiti Multimedia (MMU) juga telah membentangkan Inisiatif Kelas Pintar dan juga telah mempertontonkan video kelengkapan yang terdapat di dalam kelas atau makmal. Wakil daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berkongsi pembentangan berkaitan keperluan dan cabaran MyUTHM Mobile Apps. Pembentangan akhir adalah daripada Universiti Sains Malaysia (USM) bertajuk Perkongsian Pengalaman dan Hala Tuju Kampus Pintar di USM.

 

Senarai lengkap pembentangan sesi perkongsian ini adalah seperti berikut :

 

Tarikh Input: 08/08/2019 | Kemaskini: 08/08/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
C1571634537