Sumber : Perancangan Strategik Agensi Sektor Awam (MAMPU)
PENGURUSAN STRATEGIK
Pengurusan strategik merupakan proses berterusan yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah agensi merangkumi beberapa elemen penting seperti :
- memahami kedudukan strategik agensi;
- mengenalpasti dan membangunkan pilihan-pilihan strategi dan program;
- melaksanakan strategi-strategi dan program yang dipilih;
- menilai pencapaian pelaksanaan yang ditetapkan; dan seterusnya
- membuat penambahbaikan yang bersesuaian
RASIONALISASI KEPERLUAN PENGURUSAN STRATEGIK
- Perkongsian sumber dan kepakaran
- Pengurusan kewangan dan perbelanjaan berhemah (pendekatan Outcome Based Budgeting)
- Kolaborasi Strategik
- Sejajar dengan Agenda Negara/Dasar Nasional seperti RMKe-11
- Ekspektasi tinggi daripada pelanggan dan stakeholders
- Penurunan kuasa (empowerment)
- Cabaran membentuk tadbir urus yang strategik dan bersepadu
- Public engagement (Era Government knows best is over)
- Sistem penyampaian yang mesra pelanggan dan memudahkan rakyat
Tarikh Input: 21/07/2020 | Kemaskini: 04/04/2024 | nazlina
PERKONGSIAN MEDIA