Melagang Inovasi Menjulang Kualiti | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Melagang Inovasi Menjulang Kualiti

Melagang Inovasi Menjulang Kualiti

Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP), Universiti Putra Malaysia (UPM) 2023/2024 telah diadakan pada 20 November 2024 (Rabu) bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Majlis Sambutan HKIP UPM Tahun 2023/2024 kali ke-9, telah dianjurkan secara bersama oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

Objektif penganjuran adalah seperti berikut:

  1. Meningkatkan daya saing warga UPM terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja;
  2. Memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di UPM;
  3. Merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan; dan
  4. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

 

Terdapat sebanyak 🥇10 Anugerah dan 🎁 2 Hadiah yang telah dipertandingkan dengan tempoh penilaian oleh Peneraju Anugerah/Hadiah mulai pada 1 Ogos 2023 hingga 31 Julai 2024. Majlis ini merupakan medan khusus bagi mengiktiraf sumbangan dan penglibatan staf dan PTJ di UPM yang cemerlang dalam melaksanakan amalan pembudayaan kualiti serta menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan.

Tarikh Input: 20/11/2024 | Kemaskini: 31/01/2025 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
S, (06:10:52pm-06:15:52pm, 12 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]