Dasar, Polisi Dan Garis Panduan ICT UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Dasar, Polisi dan Garis Panduan ICT UPM

Dasar, Polisi dan Garis Panduan ICT UPM

Pelan Pendigitalan Universiti Putra Malaysia (UPM) 2021-2025 terbahagi kepada 5 kategori utama iaitu: 

 

  1. Dasar, Polisi dan Garis Panduan
  2. Infrastruktur
  3. Infostruktur
  4. Kampus Pintar
  5. Kesinambungan Perkhidmatan

 

Artikel kali ini akan menerangkan berkaitan kategori pertama iaitu Dasar, Polisi dan Garis Panduan. UPM telahpun mempunyai beberapa dokumen yang menjadi rujukan warga Universiti seperti yang tersenarai dalam jadual di bawah. Dua Garis Panduan lagi sedang dibangunkan dan akan berkuatkuasa mulai akhir tahun 2023.

Semoga dengan adanya sumber rujukan ini akan memberikan panduan berkaitan ICT di UPM.

BIL. TAJUK STATUS TAHUN BERKUATKUASA
1 Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) 2014 & Pindaan 2016 Ada 2016
2 Garis Panduan Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (GPKTMK)  Ada 2022
3 Prosedur dan Garis Panduan - Sistem Pengurusan Kualiti (QMS dan ISMS) Ada   
4 Kerangka Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025 Ada  2021
5 Pelan Pendigitalan Kementerian Pendidikan Tinggi 2021-2025 Ada  2021
6 Naratif Naib Canselor UPM 2023: Memperhebat Pendigitalan Kampus Ada  2021
7 Garis Panduan E-mel Universiti Putra Malaysia Ada  2022
8 Pelan Strategik UPM 2021-2025 Ada  2021
9 Garis Panduan Kelayakan Kemudahan ICT Universiti Putra Malaysia Ada  2021
10 Garis Panduan Data Strategik Universiti Putra Malaysia Sedang dibangunkan   
11 Garis Panduan Kemudahan Repositori Digital Sedang dibangunkan   

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perancangan dan Governan ICT (BPG)
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi

Tarikh Input: 03/10/2023 | Kemaskini: 05/10/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcEAr~

Hello!