Demonstrasi Program Cybersecurity Innovation Challenge (Cyber100) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
Demonstrasi Program Cybersecurity Innovation Challenge (Cyber100)
Tarikh
09 Jun 2020 - 09 Jun 2020
Masa
10.00 - 01.30
Lokasi
Sidang Video
Ringkasan Acara
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sedang melaksanakan program cabaran inovasi keselamatan siber yang dikenali sebagai program Cybersecurity Innovation Challenge atau CYBER100. Matlamat program ini adalah untuk menggalakkan pembangunan teknologi dan industri keselamatan siber tempatan yang kompetitif serta menggalakkan pembudayaan inovasi yang bersifat “market-driven”. Program ini telah dilancarkan pada 7 November 2019 yang lalu, bagi menarik minat syarikat-syarikat tempatan dalam negara menghasilkan penyelesaian keselamatan siber yang inovatif, selamat dan terpercaya supaya cabaran-cabaran utama ancaman keselamatan siber yang telah dikenal pasti dapat ditangani. Sasaran program ini adalah untuk menghasilkan 100 syarikat tempatan (bagi tempoh lima (5) tahun bermula tahun 2020 hingga 2024) yang berupaya mencipta penyelesaian bagi ancaman keselamatan siber yang dihadapi di Malaysia. Khusus untuk Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) di Kementerian/Jabatan/Agensi.

Kemaskini:: 05/06/2020 [nazlina]

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdGA7~

Hello!