Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) menyediakan kemudahan Pusat Data UPM yang telah mendapat pensijilan ISO/IEC 27001:2013- Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat.
Antara perkhidmatan yang disediakan di Pusat Data UPM adalah:
- Penyediaan /naik taraf /kemas kini Sistem Pengoperasi (Linux, Solaris, Windows).
- Penyelenggaraan dan pemantauan kestabilan server.
- Penyediaan/naik taraf/kemas kini kawalan keselamatan sistem pengoperasian dari ancaman virus, trojan dan pencerobohan.
- Salinan pendua terhadap Sistem Utama Universiti (Sistem Maklumat Pelajar, SAGA, eIHRAM dan Laman Web UPM).
- Baik pulih kecil terhadap perkakasan dan sistem pengoperasian server.
- Penyediaan infrastruktur server (rak, rangkaian, generator, UPS, sistem penghawa dingin).
- Urusan pemasangan server baharu (IP address dan DNS).
- Penyediaan infrastruktur Pusat Pemulihan Bencana (DRC).
- Perkhidmatan perundingan penyediaan spesifikasi server dan sewaan ruang server.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Seksyen Pusat Data
Kemaskini:: 16/06/2023 [nazlina]
PERKONGSIAN MEDIA