Sejarah Penubuhan | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» MENGENAI KAMI » LATAR BELAKANG » Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

Unit Komputer, Bahagian Akademik, Universiti Pertanian Malaysia mula ditubuhkan pada 1 Februari 1975.

Pada tahun 1982 - 1998, ia dinaiktaraf menjadi Pusat Komputer dan diterajui oleh empat (4) orang mantan Pengarah iaitu En. Yusuf bin Ibrahim, Dr. Abdul Rahman bin Bidin, Ir. Isa bin Mansor dan Dr. Abdul Azim bin Abdul Ghani.

  

Selepas terbentuknya Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, fungsi entiti dikecilkan menjadi Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) pada 1998 dan diketuai oleh Encik Rosmi Othman.

  

Pada Januari 2006, Pusat Interim Komputer (PIK) diwujudkan hasil dari penggabungan Institut Multimedia dan Perisian (IMP) dengan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM). Pusat Interim Komputer diterajui oleh Dr. Suhaimi bin Napis yang telah dilantik sebagai Pengarah.

    

Pusat Interim Komputer (PIK) ditransformasi kepada Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) selaras dengan ledakan perkembangan dan pembangunan ICT era baharu pada Julai 2006. Pada 3 Januari 2012, iDEC telah melaksanakan penstrukturan semula yang merangkumi pemusatan semua staf IT dan perkhidmatan ICT di UPM.

Seterusnya, Dr. Khairulmizam Shamsudin, pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan UPM telah dilantik menerajui Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi mulai 1 Julai 2012 sehingga 31 Ogos 2014. 

Kini, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah diterajui oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi yang merupakan mantan staf Pusat Komputer dan beliau merupakan Pensyarah yang berkhidmat di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM. Beliau telah mengambil alih pengurusan iDEC bermula pada 1 September 2014 sehingga kini.

Kemaskini:: 07/08/2018 [nazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
B1566395432