Bakat Diasah Dari Kecil | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» PUTRABAKTI » Bakat diasah dari kecil

Bakat diasah dari kecil

Mudahnya merekacipta poster dengan menggunakan perisian Canva. Bukan itu sahaja, video atau montaj juga boleh disediakan sekiranya mahir menggunakan perisian ini. Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC) telah mengadakan Kursus Asas Penggunaan Canva kepada anak warga iDEC pada 27 Februari 2024 dan 6 Mac 2024. Penyertaan yang sangat terhad ini telah diadakan di Bilik Latihan Exa, iDEC Alpha. Ts. Saiful Ramadzan Hairani merupakan tenaga pengajar untuk kursus ini dan telah berkongsi ilmu kepada seramai 45 peserta. Kursus diserikan lagi dengan acara kuiz yang menyediakan hadiah menarik buat pemenangnya. Semoga ilmu yang dicurahkan akan digunakan sebaiknya dalam menghasilkan kreativiti oleh si kecil.

Tarikh Input: 17/04/2024 | Kemaskini: 17/04/2024 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXFBBAP~

Hello!