PERUTUSAN KETUA PEGAWAI DIGITAL | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» MENGENAI KAMI » PERUTUSAN KETUA PEGAWAI DIGITAL

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI DIGITAL

 

PROFESOR Ts. DR.
M IQBAL SARIPAN
Ketua Pegawai Digital
Universiti Putra Malaysia

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO), Universiti Putra Malaysia. Sebagai CDO, objektif utama adalah untuk mengemudi universiti ke era digital, memanfaatkan kuasa teknologi untuk meningkatkan proses pengajaran, pembelajaran, penyelidikan serta pentadbiran.

Landskap digital serta inovasi yang semakin berkembang pesat, adalah penting untuk diterima dan disesuaikan bagi memastikan kejayaan dan kerelevanan secara berterusan dalam arena global pendidikan tinggi.

Dengan adanya kuasa analisis data, kecerdasan buatan dan platform digital akan dapat dimanfaatkan bersama untuk memperkasa pengalaman pembelajaran, menyelaras proses pentadbiran serta memupuk kerjasama dan inovasi merentas semua aspek kehidupan di universiti.

Hadirnya saya di sini adalah untuk mendengar, mencerap maklum balas serta idea, agar perjalanan digital dapat dirangka dan dilalui bersama. Saya amat mengharapkan penglibatan dan kerjasama semua sebagai satu pasukan untuk membentuk masa depan Universiti Putra Malaysia.

Saya amat yakin dan teruja, agar kita bersama-sama mendepani segala kemungkinan yang bakal mendatang. Marilah kita meneroka peluang era digital dan berusaha untuk menghasilkan output yang cemerlang dalam semua perkara yang kita lakukan. Semoga perjalanan transformasi ini dipermudahkan oleh Allah.

Terima kasih. Wassalam

Kemaskini:: 19/04/2024 [nazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

SXFCXAu~

Hello!